Monday, April 11, 2011

Kenangan Hujung Minggu Di Alor Setar..

Hehe..ni ada masa terluang yang meruap-ruap jadi aku nak mengimbau kembali kenangan masa aku keje kat MADA n aktiviti hujung minggu..

Sedikit pasal penginapan aku semasa di sana : aku pernah menyewa 2 buah rumah iaitu di Taman Mergong Indah, Mergong dan Taman Seri Marina, Kuala Kedah. Sepanjang aku keje di Alor Setar, hubby akan turun Kedah seminggu sekali atau 2 miggu sekali mengenangkan aku menyewa sorang2 di Kedah itu pun sempat nengok hubby busuk ari sabtu jer dia sebab ari Ahad aku kerja..malam Ahad dia dah chow cendul balik bangi..

Menjadi rutin pagi sabtu seawal 5.30 pagi amik dia di Shahab Perdana(stesen bas) kekadang amik dia kt Airport Kepala Batas itupun kalau dapat ticket Air Asia murah..pas2 balik umah breakfast, slalu gak kitorg g mancing kat tandop MADA yang mempunyai pemandangan yang indah itu..walaupun ada gak rakan sekerja MADA cakap ada buaya n ular sawa masa diorg berlatih perahu panjang..tapi kami redah kan jua..huhu


Berbekalkan ikan seluang (sebab hubby xberani nak pegang cengkerik, cacing xde jual, orang Kedah slalu carik sendiri) kami jadikan umpan.


Memang layan, pernah kitorang dapat ikan belida besar 2 ekor dan 1 ekor ikan limbat..aku terlepas sekor ikan belida..huhu..salah sentap masa tu..tapi sekarang aku dah otai..hehe(perasan)..terkejut gak hubby tgk aku baling..cm ala terer konon2nya..kuang2..






Atas tu hasil tangkapan ikan belida, limbat n hubby dalam kegembiraan.
Tapi bila dah dapat kitorang bawak idup2 ikan itu tapi nak bagi mati xberani last2 kitorang masukkan dalam peti ais..huhuhu

Hasil tangkapan kami ari2 menjadi hidangan malam kitorang taraaa tomyam ikan belida...


Mungkin orang lain cakap mancing ni bosan, tapi bagi aku tenang n menjimatkan duit disamping leh menghabiskan masa dengan hubby..XPERCAYA cuba lahh..



No comments:

Post a Comment