Friday, May 27, 2011

Futsal Presint 11

Selalu gak hari Selasa hubby g main badminton kat Court Futsal Presint 11, nak bagi keluar peluh katanya...tapi lepas men badminton makan mcm 24 jam men badminton tanpa henti..bukan bakar kalori tambah kalori adela..hehe

yang sebelah kiri bagi bontot tu la..hubby


Ramai gak yang main badminton..tapi kena tempah court awal2 la booking online pun  boleh pegi je kat website BPH klik Tempah Gelanggang...isi form n ikut arahan dier..senang jer..MAJULAH SUKAN UNTUK NEGARA..hehe

Thursday, May 26, 2011

Resepi Daging Black Pepper

Ni lauk kegemaran hubby..


Bahan2 :

1/2 kilo daging (potong nipis)
3 cawan air
1 sudu kecik serbuk lada hitam
2 sudu besar sos tiram
2 sudu kicap
2 sudu minyak(untuk tumis)
1/2 batang karot(potong nipis)
2 biji kentang(potong nipis)
garam
daun saderi
3 biji cili padi(dibelah tengah)
1 ulas bawang putih(rincik halus)
1 ulas bawang merah (rincik halus)

Cara2:
1. tumis bawang putih dan bawang merah sehingga kekuningan
2. masukkan air dan daging
3. rebus daging sehingga air tinggal sedikit
4. masukkan kentang dan karot (biar 3 minit)
5. masukkan lada hitam, sos tiram, kicap dan garam
6. gaul rata
7. masukkan daun saderi dan cili padi gaul sekejap
8.sedia dihidangkan.

Respi Air asam (pencicah daging bakar)

Air asam ni pun sempoi jer..klu ikut yang arwah tok ajar letak kerisik baru rasa lemak memang sedap.

Bahan2:
Cili padi 8 biji
1 biji bawang besar(potong nipis2)
1 biji tomato (potong nipis2)
1 sudu kerisik
1 sudu kecil asam jawa
1 cm belacan
garam

Cara2:
1. tumbuk cili padi dan belacan sehingga lumat
2. masuk kan kerisik dan garam gaul rata
3. picit asam dalam suku cawan air dan gaul kan dengan cili yang ditumbuk tadi
4. masukkan bawang dan tomato

Siap..selamat mencuba

Resepi Daging Bakar

aku nak share ngn korang resepi wat daging bakar yang sempoi..xyah bakar tapi rasa cam bakar tau..


Bahan2:


Daging 1 kilo
5 cawan air
Kicap manis
Garam
2 cawan minyak(utk menggoreng)

Cara2:
1. potong daging tadi kepada 2(panjang dan besar)
2. didihkan 5 cawan air + 1 sudu garam
3. rebus daging tadi selama setengah jam
3. lepas tu angkat daging(biarkan sejuk)/toskan
4. lumurkan daging tadi dengan kicap
5. goreng dengan api perlahan
6. angkat dan potong nipis2 seperti di dalam gambar.


p/s: air rebusan daging td jgn dibuang boleh dibuat nasi daging
      resepi nasi daging di sini

Resepi Nasi Daging



Bahan2:

1/4 kilo daging dipotong
2 sudu besar rempah kurma
3 cawan air
1 sudu kecil garam
1 ulas bawang putih  
1 ulas bawang merah
1 batang kulit kayu manis
2 inci halia
1 sudu besar minyak
3 pot beras(dibasuh)
sedikit secukup rasa

cara2:
1. didihkan air dan rebus daging + halia
2. amik periuk rice cooker letak minyak tumis bawang putih, bawang merah,
    kulit kayu manis
3. masukkan beras dan daging + air rebusan kedalam periuk (anggaran air seperti masak nasi biasa)
4. masukkan garam+ secukup rasa +rempah kurma
5. letak di rice cooker dan petik suis..

Monday, May 16, 2011

GP Memancing Selangor 1st prize RM30K..masyuk..

Hehe..masa aku lalu tepi tasik cempaka nampak ramai semacam..uikss rupa2nya ada pertandingan memancing..penuh gila..ramai yang nak mencuba nasib lagi pun hadiah pun lumayan..klu dapat 1st prize xyah keje setahun..lepak umah tdo jek..hehe..itu cuma angan2 ye..jgn jadi ikutan sebab kita digalakkan berusaha mencari rezeki setap hari..

Siap penuh lagi parking disebabkan penangan GP ni..heheh

Penuh sangat orang yang datang memancing, ikan pun mesti kompius napa la arini byk sgt makanan..hehe ada jugak yang terpancing kura2..kehkeh..


Pemandangan Tasik Cempaka,BBB, yang kaum bapa sibuk memancing..kaum ibu dan anak2 boleh la layan playground dl..hehe


Ada pondok rehat..untuk lepak berfaedah je ye..baca buku ker..jangan wat adegan "Assalammulaikum.. dh kawin ke blum??"..sudahh...


Toilet pun cantik dan selesa..

Aku n hubby dh xlarat nk tgu pemancing dapat ikan..panas giler dalam kul 11 pagi pun rasa cm nak cair otak..itupun belindung sebalik pokok..lepak sejam calo cari air..tabah sungguh pemancing2 tegar..tahniah kepada pemenang2..


Saturday, May 14, 2011

Downtown Bangi..Jalan Reko..

Saje malam2 minggu nak jalan2 ngn hubby..slalu gak pg ke downtown jalan reko ni..macam2 ada baju, tudung, jeans, barang mainan kanak2,gerai makan pun ada..

Dibuka tiap hari kecuali isnin (8 malam - 4.00 pagi)

Yang spesel nya baju XXXXXL ni huhu...

Bagi yang pandai menyanyi ada disediakan stage karaoke ditengah2..tapi klu suara cam xboleh blah xyah la cuba..wat mati mood shopping orang yang pegi je..hehe..karok kt umah jerla k..kasi pecah mic pn xpe sendiri punye..

Friday, May 13, 2011

Senamrobik Perdana

hehe..alkisahnya aku bukannya rajin sgt turun senamrobik or jogging..tapi ada la turun setiap ari sabtu 7.30 pagi dekat Tasik Cempaka, BB Bangi(Bangi Walk,bersebelahan McD)..sebab ada senamrobik free jee..xyah segan2 nk pk orang nak gelakkan ke apa..klu ikutkan mmg jenuh la nk gelakkan orang tapi dalam hati jela ek..kueng2

Pastu aku snap la banner Senamrobik Perdana 2011 ni, mehla meramaikan aktiviti sihat ni..

Datang je..free..bawak keluarga suami, isteri, anak -anak, orang tua2 pun leh join xde masalah..pastu leh sambung jogging ke men badminton ke..apa2 jela yang korang suka..udara segar, pemandangan kt cni pn indah..(apa kes la org kedah dok promote BBBangi ni kan..hehe..xsuai)

Thursday, May 12, 2011

Mee Siput..

ni entry pas aku baru jer balik dari lanchang,pahang..kursus seminggu..lenguh badan..

Mee ni orang muar panggil mee siput berbentuk pusing-pusing. Cara nak masak perlu la digoreng dengan minyak(macam goreng keropok) pastu wat sambal ikan bilis(untuk pencicah) sedap...rasa ranggup dan lemak..hubby suka sangat..


Terima kasih kak reen..sebab bagi mee siput ni..nanti nak pesan lah bila kak reen balik kampung muar ye..

Wednesday, May 11, 2011

Jamuan Besdei Hubby 11.5.2012

aku masak khas mee kari, puding karamel dan kek coklat...Besdei hubby juga diraikan oleh satu keluarga mertua..





Thursday, May 5, 2011

Tuesday, May 3, 2011

majlis pertunangan adik


30 April 2011, Bandar Proton, Tanjung Malim

pihak tuan rumah

Rombongan dari Kedah

 Bersongkok hitam, paksu selaku ketua rombongan meminang..


 
 SIBAS..snap gambar awek mana tu..kih..kih

Ini mama mertua saya..

Maksu(nampak muda kan, mak tok yang maintain cun) dan cucunya..


Hantaran dari pihak perempuan








 Juru gambar dan juru video, baju kuning kakak tunang perempuan.

Bakal2 mak mertua..adik (baju melayu) xdapek yer nak amik gambar sebelah menyebelah..baru bertunang..haiipp..


Asy mulat mucuk2 tdo..kepenatan..bestnyer jd budak kecik rasa nk tdo..tdo jer kan..xyah pk nak malu2..


Perkahwinan sebelah perempuan akan diadakan pada Oktober ni..


Monday, May 2, 2011

Cucur kentang udang kering

Hehe..bila malam2 lapar menjelang..makanan paling simple mestila cucur/jemput2..ni aku nak share resepi cucur kentang udang kering..


senang jer..campak2 jer..bancuh tepung gandum, udang kering(ditumbuk halus), kentang(potong dadu), garam dan air..pastu goreng..untuk pencicah leh makan ngn sos atau kuah kacang(kacang (ditumbuk, cap tangan pun boleh) pastu tambah air, sos cili, garam dan gula masak sehingga pekat..siapp..pastu ngappp..senang jer kan..selamat mencuba..ranggup, sedap dan blurpp..pastu kroiihh2..

penuh penangan 50%..

Aku baru ja nak pau hubby makan piza sebab ada promosi 50% sekali jengah2 piza hut alamanda penuh daa.. siap beratur panjang kat luar lagi..nak tapau kot lambat..xpela so terbatal la niat nk layan piza..jengah2 McD pun tempat duduk penuh last2 tapau sebab tgk dok beratur xpjg..hehe lapau kritikal bee layan Mega Mac aku layan Big Mac..klu aku xlapau btul memang xabis la..tapau layan  kt Food Court RASA sambil tunggu nk tgk wayang..




Pastu bee banje wayang..kitorang nak tgk Fast Five(Fast n Furios) sekali xkuar lagi 5 May baru kuar..ala keciwa..nak layan THOR pun lambat sangat nak tgu 2 jam.last2 tgk ROOM MATE.



Bagi aku citer ni leh dpt 2 setengah bintang jer ni..mcm movie tv jer..citer yang xmencabar..hubby 2,3 kali ckp bosan..bosan btul la 2..ada gak sblm ni klu citer bosan dia terus dengkur jer..hohoh gegar wayang..

Jika ia sebuah cinta nananana...

Untuk Hasni..

Jika Ia Sebuah CINTA









Jika ia sebuah Cinta,
Ia tidak mendengar,
Namun sentiasa bergetar.

Jika ia sebuah Cinta,
Ia tidak buta,
Namun sentiasa melihat dan merasa

 Jika ia sebuah Cinta,
Ia tidak menyeksa,
namun sentiasa menguji,


Jika ia sebuah Cinta,
ia tidak memaksa,
namun sentiasa berusaha,
Jika ia sebuah Cinta,
ia tidak cantik,
namun sentiasa menarik,
Jika ia sebuah Cinta,
ia tidak datang dgn kata2,
namun sentiasa menghampiri dgn hati,
Jika ia sebuah Cinta,
ia tidak terucap dgn kata,
namun sentiasa hadir dgn sinar mata,

Jika ia sebuah Cinta,
ia tidak hanya berjanji,
namun sentiasa cuba memenangi,


Jika ia sebuah Cinta,
ia mungkin tidak suci,
namun sentiasa harmoni,


Jika ia sebuah Cinta,
ia tidak hadir krn permintaan,
namun hadir krn ketentuan,

Jika ia sebuah Cinta,
ia tidak hadir dgn kekayaan dan kebendaan,
namun hadir dgn pengorbanan dan kesetiaan...