Monday, April 11, 2011

Cerita 22hari..

Ari ni genap 22 hari aku bertukar ke BPM,NRE Putrajaya. Aku bersyukur permohonan dan doa dimakbulkan Allah s.w.t untuk menetap bersama dengan hubby walaupun kami dah tinggal berjauhan selama 2 tahun 5 bulan..aku berdoa agar perkahwinan kami berkekalan sehingga ke akhir hayat..

hurm gaduh kecik2 tu biasala..tp kdg2 bila igt blk cm tak logik jer benda nak digaduhkan haha..contohnya pasal dia bangun lambat jadi terlambat pg aerobik kt tasik cempaka last2 aku sempat satu step jer..aku majuk sampai nangis2 wat muncung2 jebek2 kata hubby nganjing2 aku plak pas2..bila dh jebek baru la dia nk pulun mtk maaf..tula la lelaki ni ego, kalau kwn2 dia yg ajak lepak 3,4 jam pn xpe..kecik ati tau dh la jauh ngn mak n abah kt kedah..

Ni barulah aku dapat merasa hidup normal berkahwin cm orang lain, penat memanglah mengadap kerenah hubby lagi pagi nk breakfast n nak dinner nasik malam.tapi aku enjoy dapat jaga makan n pakai hubby walaupn terpaksa bangun awal nak prepare breakfast n balik petang nak masak lauk untuk dinner. Tapi bak kata orang biasalah perkahwinan memang perlukan pengorbanan dan pengorbanan itulah yang akan diberi pahala jika dikerjakan dengan ikhlas..huhu..tapi kalau penat kita bebel jugak kan? Hehehe

Mau tak nya pagi2 la paling cabaran sekali nak mengejutkan hubby yang cukup payah bangun tambah2 waktu ari cuti adeh..xpenah la aku kejut skali terus bangun mesti 5 minit, 10 minit dulu la yang keluar dari mulut dia spontan paling tak logik 2 minit..hampes sungguh. Dah tu klu dah lambat siap mula la nak bawak keta cm ribut, mula la nak wat drag keta myvi aku yang standard je tuh..hehe teringat tgk Drag F1 kt Putrajaya, besh2 layan ngn hubby n biras aku sampai kul 1 pagi. Hubby mmg minat benda2 cm2 aku pun suka layan. Yang aku paling xpaam, semua version keta dia hapal dah cm CarWiki lak..minat yang terlangsung hehe

Bila pk2 balik berbeza ngn kehidupan aku masa duduk di Alor Setar dulu kerja di MADA, menyewa sorang2 slalu jugak ditemani BFF aku Hasni. Aktiviti kitorg g tesco makan2 esp mee jamal(sedap2) n window shopping kadang-kadang terpengaruh gak ngn Elianto(best parfume yang warna biru hg beli tu,sejak aku dok putrajaya aku dah xleh bau dah pagi2), seluar baju n kasut..kata pn pompuan..


Hasni orang yang memang aku sayang sangat, BFF dari Sekolah Menengah Kebangsaan Ibrahim, Sungai Petani sampai sekarang kitorg masih baik..dah 13 tahun cm2 kot..dia sedih gak aku nak pindah siap cakap “Sampai hati pilih duduk ngan suami yang baru kenal 4 tahun berbanding dia”..hehe dah cm aku plak yang bercinta ngn Hasni. Untuk Hasni aku doakan seorang lelaki yang baik,memahami dan menyayangi hang sepenuh hati akan mumcul jugak satu hari nanti..entah2 yang tak nak komitmen tu kot..AMINNN..

Nanti aku balik kedah kita lepak na…



No comments:

Post a Comment