Sunday, February 23, 2014

Asam Pedas Ikan Merah..Selera Melaka Kita arini

Makanan orang pantang hari ke 21 (asam pedas ikan merah dan ikan tenggiri goreng sama ulam raja)...target sebulan ni..insyaallah seminggu je lagi..caiyok2 sally..hubby pn terjebak jugak dengan menu pantang aku apa boleh buat...tapi masakkan dia lauk tambahan sambal goreng tempei ikan bilis dan kentang..sian dia makan rebus2 jek..



Asam Pedas Ikan Merah
Sumber : Tiffinbiru

BAHAN-BAHANNYA :-)
2 potongan isi ikan merah (kurang lebih 600 gram), cuci bersih dan toskan
12 batang bendi kontot - aku letak kentang
1 biji tomato belah 6
3/4 camca besar pes asam jawa
2 senduk nasi penuh cili kisar
1 kiub ikan bilis (optional) - aku xletak
2 kuntum bunga kantan, belah 2 setiap 1
Air secukupnya
Garam dan gula secukup rasa

BAHAN-BAHAN KISAR HALUS :-)
6 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1/2 inci halia
3/4 inci kunyit hidup
1/2 inci belacan
1/2 camca besar lada hitam biji
3 biji buah keras, hiris

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan minyak dalam periuk, tumis bahan kisar halus hingga harum, masukkan cili kisar dan masak hingga cili garing dan terbit minyak, guna api sederhana dan kacau selalu. Masukkan pes asam jawa, kacau rata dan tuang air  (anggarn 3 cawan). Kacau dan biar mendidih.
  2. Masukkan bunga kantan, kiub ikan bilis dan ikan. Kemudian tambah bendi dan jika kurang kuah tambah sedikit lagi air. Masak hingga bendi lembut. Perasakan dengan garam secukupnya dan sedikit gula. Akhir sekali masukkan belahan tomato. Masak sekejap, rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi putih dan lauk2 lain..

No comments:

Post a Comment