Friday, December 31, 2010

Repost Entry lama Mac 2005 Blog sallysengal

Entry kat bwh peberet aku dulu..mueheheh


aku dah simpan artikel ni dah dekat 2 tahun..aku paling suka artikel ni..aku suka nk bg korg yg belum baca..baca..klu malas nk baca xyah baca k..tgk jer..calo..

Renungkan….
Hayati dan fahami….


Jika kamu memancing ikan….
setelah ikan itu terlekat di mata kail, hendaklah kamu mengambil terus ikan itu….
janganlah sesekali kamu lepaskan ia semula ke dalam air begitu sahaja….
kerana ia akan sakit oleh kerana bisanya ketajaman mata kailmu dan mungkin ia akan menderita selagi ia masih hidup.

Begitulah juga setelah kamu memberi banyak pengharapan kepada seseorang…
setelah ia mula menyayangimu hendaklah kamu menjaga hatinya….
janganlah sesekali kamu terus meninggalkannya begitu sahaja….
kerana dia akan terluka oleh kenangan bersamamu dan
mungkin tidak dapat melupakan segalanya selagi dia mengingatimu….


Jika kamu menadah air biarlah berpada, jangan terlalu mengharap pada takungannya dan janganlah menganggap ia begitu teguh…. cukuplah sekadar keperluanmu….
Apabila sekali ia retak…. tentu sukar untuk kamu menampalnya semula….
akhirnya ia dibuang….
sedangkan jika kamu cuba membaikinya mungkin ia masih boleh digunakan lagi….


Begitu juga jika kamu memiliki seseorang terima lah seadanya….
Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan janganlah kamu menganggapnya begitu istimewa….
anggaplah dia manusia biasa.Apabila sekali dia melakukan kesilapan bukan mudah
bagi kamu untuk menerimanya…. akhirnya kamu kecewa meninggalkannya.
Sedangkan jika kamu memaafkannya boleh jadi hubungan
kamu akan berterusan hingga ke akhirnya….


Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi… yang kamu pasti baik untuk dirimu. Mengenyangkan. Berkhasiat.


Mengapa kamu berlengah, cuba mencari makanan yang lain..
Terlalu ingin mengejar kelazatan.
Kelak, nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh memakannya.
Kamu akan menyesal.


Saturday, November 13, 2010

Spageti Bolognese Sempoi Ala Sally

Spagheti Bolognese


Bahan
Mee:
Spagheti apa2 brand
Air 2 jug
1 sudu minyak masak

Kuah:
 2 sudu minyak zaitun/jagung/masak
2 ulas bwg putih n bwg merah(rincik halus)
2 sudu cili blend
3 sudu sos cili 
4 keping daging burger( lembu )-dihacurkan guna garfu
1 tin kecil tomato puree
1 tin cendawan butang(potong nipis2)
1 btg karot(potong kiub)
garam dan gulasecukup rasa
1 sudu kecil oregano
10 biji tomato ceri/3 biji tomato biasa

Cara
Mee:
1.Didihkan air dengan satu sudu minyak
2.Masukkan spagheti
3.Rebus hingga lembut.

Kuah:
1. Tumis bwg merah n putih dengan minyak.
2. Masukkan daging dgn 1 cawan air..biarkan daging masak dengan api perlahan dalam 5 minit
3.Masukkan tomato puree dan cili sos-biar didih
4.Masukkan garam, gula, oregano
5. Masukkan cendawan dan karot
6.Masukkan tomato yang di pecahkan.
7. Setelah masak tutup api dan sedia dihidangkan..

Selamat mencuba..

Puding Caramel

Puding Caramel
Bahan-bahan
3 sudu besar gula pasir
1 tin susu pekat
7 biji telur ayam
1 cawan air 

Cara-cara
1. Mula2 cairkan gula dalam loyang atas api sederhana kecil tambah air 1 cawan.
2. Pukul telur sampai berbuih kemudian masukkan susu pekat dan kacau rata seterusnya masukkan air.
3. Akhir skali tuang atas gula  tadi, kukus sampai masak dalam 45 minit
4. Bila dah sejuk terlangkupkan dan dimasukkan ke dalam peti sejuk.

Lepas 2 jam sedia dihidang..

Kek Gula Hangus

KEK GULA HANGUS



Bahan
2 cwn gula
2 cwn air di masak utk gula hangus
2 cwn gandum
2 s/t baking powder  di ayak bersama
2 s/t soda bikarbonat
2 s/b margerin  dicairkan
6 biji telur  pukul kembang
1/2 cwn susu pekat manis..

Cara2
      1. Mula2 cairkan/ hanguskan gula (keperangan), kemudian masukkan air di biarkan sejuk
2. pukul telur sehingga kembang
3. masukkan susu pekat dan  margerin seterusnya di putar lagi
4. masukkan tepung gandum  dan putar sekejap.
5. masukkan gula hangus dan putar.
6. Akhir sekali tapis adunan dalam loyang
7. Tuang ke dalam loyang dan kukus 1 jam atau bakar 45 minit..

Thursday, September 9, 2010

Mancing Kuala Kedah..

 Tali air di Kuala Kedah



 Kenangan di Kuala Kedah: Hubby,joran, umpan dan tali air..


Menangkap ketam..

Sunday, March 7, 2010

Persembahan Kumpulan Malam Terakhir..

Persembahan kumpulan pada malam terakhir Induksi..
Dikir barat : Ada sekor anak tupai dalam dulang...(Gangstarz)








Kita makan dulu..ada nasi, ikan talapia bakar,sate..nyum2..


Hehe dapat cabutan bertuah jugak..



Ketua kumpulan : En Mustapha ambil hamper pertandingan yang dimenangi oleh Gang Starz..
Disampaikan oleh En Zawawi dan Puan Hajah Shareen.


Posing dulu sebelum kerkah hamper..hehe

Lepas karaoke ambil gambar ramai2..

shhhh..jangan bising exam

sedikit klik2 sepanjang exam induksi..kerut2 dahi hahh menjawab..




Izul apa yang kerut sangat tu..cari ilham xsampai2 ke..

Saturday, March 6, 2010

Durian Oh Durian..

Lokasi : Kantin
Terliur x??



En Fauzi, En Fisol dan En Kamarul antara orang kuat..dalam menguruskan dan mengendalikan Induksi dengan jayanya..

Masak talapia pindang dalam buluh??

Senaman, warm up kasi cargas masa nak panjat bukit nanti ..


 

Berkumpul dalam kumpulan..


Naik jeep pg ke lokasi untuk jungle treking memang best..



Dah memulakan perjalanan dengan pantas untuk memotong kumpulan lain dan mencari check point cm ala2 treasure hunt gitu..

Apa lagi jawab soklan yang diberi dengan kerjasama yang jitu dari ahli kumpulan..




Sambil tunggu turn untuk berkayak..layan biskut tiger dulu dengan ain n aishah..huhuh




Dah dapat kayak apa lagi kasi kayuh la ke pulau..pasni nk makan lak lapor2..




Sampai2 jer pulau kitorg diberi beberapa batang buluh,beras,ikan talapia, cili padi n merah, kunyit, garam, asam jawa itu jer..mula2 igt sampai dah boleh terus ngap..rupa2nya kena masak dulu huhuhu..

Dengan barang2 tu agak anda leh wat apa yer..???Ini salah satu aktiviti untuk menguji kebolehan anda menghadapi keadaan di dalam hutan dan menggunakan apa sahaja yang ada di sekeliling anda untuk meneruskan kehidupan..huhu

Tanpa berlengah lagi peserta lelaki ditugaskan menyiang ikan dan masak nasik dalam buluh..diorg jugak yang nyalakan api pakai kayu kena cari sendiri..Peserta perempuan memegang amanah untuk memasak lauk apalagi setelah congak2 barang yang disediakan tenggg...masak ikan talapia pindang dan air asam untuk pencincah dan talapia bakar..terima kasih jugak pada pakcik yang teman kitorg tolong buatkan senduk dan bekas dari buluh untuk letak makanan..

Ini dia hasilnya siap di hias lagi..daun besar untuk jadi pelapik..diambil masa on da way panjat bukit di bawa naik rakit hingga ke pulau..




Waktu pengadilan oleh juri yang berkaki lebar..hehe



Last skali sementara menunggu turn untuk naik boat..ada sedikit taklimat oleh penceramah2..




Aku terjatuh masa nak duduk atas buluh nih..waaa sakit..luka tangan aku..

Sampai balik ke Empangan Muda selepas menaiki boat..memang penat tapi seronok.


Terima kasih kepada Peserta Kumpulan Gang Starz saling berkerjasama sepanjang kita di Induksi :)