Friday, April 29, 2011

Perlu ke jadi Kaki Ampu?? Kaki bodek?? untuk hidup senang..

Saya nak share cerita benar kat bawah ni sebagai peringatan kepada anda dan diri saya juga.

“Jika kita memberi kebaikan kepada seseorang, kebaikan itu akan dibalas walaupun yang membalasnya bukan orang yang kita berikan kebaikan itu”.

RENUNGAN

Jika kita memberi kebaikan kepada seseorang, kebaikan itu akan dibalas walaupun yang membalasnya bukan orang yang kita berikan kebaikan itu. Hakikat ini mengingatkan saya kepada satu perbualan yang berlaku sewaktu saya mengendalikan program latihan beberapa tahun lalu di sebuah organisasi.

“Saya tidak mempunyai apa-apa harapan lagi pada organisasi ini,” kata seorang kakak berterus-terang. “Mengapa?” balas saya. “Organisasi ini dipenuhi oleh kaki bodek dan kaki ampu. Saya terseksa bekerja secara ikhlas di sini. Tidak pernah dihargai, tidak ada ganjaran yang wajar. Saya bukannya orang yang bermuka-muka. Tak pandai saya nak ampu-ampu orang atas, Fokus saya kepada kerja sahaja.”
 

Kakak itu sebenarnya adalah peserta program yang paling senior. Telah berpuluh tahun bekerja dalam organisasi tersebut. Itu adalah kali terakhir dia mengikuti program latihan. Enam bulan lagi dia akan bersara. Kesempatan yang diberikan kepadanya dalam sesi memperkenalkan diri itu telah digunakannya sepenuhnya untuk meluahkan rasa kecewa dan marahnya sepanjang berkhidmat di situ. Sungguh, dia kecewa sekali. Siapa tidak marah, jika bekerja secara ikhlas dan gigih tetapi tidak pernah dinaikkan pangkat atau mendapat kenaikan gaji?

Sewaktu rehat, sambil minum-minum dan berbual santai saya bertanya kepadanya, “kakak punya berapa orang anak?” Sengaja saya bertanya soal-soal “di luar kotak” agar ketegangan dalam sesi sebelumnya dapat diredakan. “Oh ramai encik…” “Bagaimana dengan anak-anak kakak?”

Wah, saya lihat dia begitu ceria apabila mula menceritakan tentang anak-anaknya. Boleh dikatakan semua anak-anaknya berjaya dalam profesion masing-masing. Ada yang menjadi doktor, jurutera, pensyarah dan sebagainya. Malah seorang anaknya telah menjadi hafiz. “Kakak, boleh saya bertanya?” “Tanyalah encik…” ujar kakak itu sambil tersenyum. Mendung di wajahnya sudah berlalu. Dia begitu teruja bila bercerita tentang anak-anaknya. Memang, semua anak-anaknya menjadi.

“Jika kakak diberi pilihan, antara anak-anak yang “menjadi” dengan naik gaji, mana yang kakak pilih? ”Belum sempat dia menjawab, saya bertanya lagi, “antara kakak naik pangkat dengan anak-anak berjaya dalam karier mereka, mana yang kakak pilih?”

Dengan cepat kakak itu menjawab, “hati ibu encik… tentulah saya pilih anak-anak saya menjadi walaupun tidak naik gaji atau dapat pangkat. Anak-anak adalah harta kita yang paling berharga!”
 

Saya tersenyum. Hati ibu, begitulah semestinya. “Kakak, sebenarnya keikhlasan dan kegigihan kakak bekerja dalam organisasi ini telah mendapat ganjaran…” kata saya perlahan. Hampir berbisik. “Maksud encik?” “Allah telah membalas dengan ganjaran yang lebih baik dan lebih kakak lebih sukai. Bila kakak ikhlas bekerja dalam organisasi ini, Allah berikan kepada kakak anak-anak yang menjadi.” “Tidak pernah saya terfikir begitu encik…”

“Allah Maha Berkuasa. Ada kalanya takdir dan perbuatan-Nya terlalu misteri dan rahsia untuk dijangkau oleh pemikiran kita. Tetapi yakinlah what you give, you get back. Itu hukum sunatullah dalam hubungan sesama manusia. Kebaikan yang kita buat akan kembali kepada kita. Yakinlah.” “Walaupun bukan daripada seseorang atau sesuatu pihak yang kita berikan kebaikan itu?” “Maksud kakak?”

“Macam ni, saya buat kebaikan kepada organisasi tempat saya bekerja, tapi Allah berikan kebaikan kepada keluarga. Pembalasan Allah bukan di tempat saya bekerja, sebaliknya diberikan dalam keluarga saya. Begitukah encik?” “Itulah yang saya katakan tadi, takdir Allah kekadang terlalu misteri. Tetapi ketetapannya mutlak dan muktamad, siapa yang memberi kebaikan akan dibalas dengan kebaikan. Dalam istilah biasa itu dipanggil golden rule!”

Kakak itu termenung. Mungkin memikirkan pertalian dan kaitan antara apa yang berlaku dalam organisasi dengan familinya. “Metafora atau analoginya begini. Katalah kita sedang memandu di satu jalan yang mempunyai dua atau tiga lorong. Penuh sesak. Tiba-tiba sebuah kereta yang tersalah lorong di sebelah memberi isyarat untuk masuk ke lorong kita. Kerana simpati melihat dia terkial-kial memberi isyarat, kita pun beralah, lalu memberi laluan untuk kereta itu masuk di hadapan kita…”

Saya berhenti seketika mengambil nafas sambil mencari reaksi. Saya lihat kakak itu mendengar penuh minat. Dia meneliti metafora yang saya sampaikan dengan begitu teliti. “Kemudian kita terus memandu ke hadapan. Mungkin sejam kemudian atau setelah berpuluh-puluh kilometer, tiba-tiba kita pula yang tersalah lorong. Kita pula yang memberi lampu isyarat untuk masuk ke lorong sebelah. Soalnya logikkah kalau kita mengharapkan kereta yang kita bantu sebelumnya memberi laluan untuk kita?”

Kakak itu tersenyum dan berkata, “tak logik encik. Kereta yang kita bantu tadi entah ke mana perginya.” “Tapi ada tak kereta lain yang simpati dan memberi laluan untuk kita?’ “Pasti ada! Insya-Allah.” “Ya, begitulah. Padahal kereta itu tidak pernah sekali pun kita tolong. Tetapi Allahlah yang menggerakkan hati pemandunya untuk memberi laluan kepada kita. Orang yang kita beri kebaikan, tidak ada di situ untuk membalas kebaikan kita… Tetapi Allah menggerakkan hati orang lain, yang tidak pernah merasa kebaikan kita untuk membalas kebaikan kita tadi.”

“Subhanallah!”

“Begitu dalam litar di jalan raya dan begitu jualah litar dalam kehidupan manusia. Kita buat baik kepada A, tetapi kerap kali bukan A yang membalas kebaikan kita tetapi B atau C atau D atau lain-lainnya yang membalasnya. Inilah hakikat yang berlaku dalam kehidupan ini.” “Kita tidak boleh kecewa bila keikhlasan kita dipersiakan?” tanya kakak itu lagi. Lebih kepada satu respons minta diiyakan.

“Kakak, ikhlas sebenar tidak pinta dibalas. Tetapi Allah Maha Kaya dan Maha Pengasih, siapa yang ikhlas akan diberi ganjaran walaupun mereka tidak memintanya kerana setiap kebaikan itu akan dikembalikan kepada orang yang melakukannya. Ia umpama bola yang dibaling ke dinding, akan melantun semula kepada pembalingnya!” “Selalunya saya dengar, orang ikhlas akan dibalas di akhirat.”“Itulah balasan yang lebih baik dan kekal. Tetapi saya katakan tadi, Allah Maha kaya, Allah mahu dan mampu membalas keikhlasan hamba-Nya di dunia lagi.”

“Maksud encik?” “Orang yang ikhlas akan diberi ketenangan dan kebahagiaan dalam hidup. Anak-anak yang soleh dan solehah. Isteri yang taat atau suami yang setia. Dan paling penting… hati yang sejahtera. Inilah kekayaan dan kelebihan yang lebih utama daripada pangkat, gaji dan jawatan.” “Jadi orang ikhlas akan terus ditindas, tidak dapat kenaikan pangkat atau gaji? Bukan apa, saya terfikir kenapa nasib kaki ampu dan kaki bodek lebih baik dalam organisasi. Mereka dapat naik pangkat!”

Giliran saya pula tersenyum. “Tidak ada kebaikan yang akan kita dapat melalui jalan yang salah. Percayalah, kalau benar mereka kaki ampu dan bodek sahaja… pangkat yang mereka dapat akan menyebabkan mereka melarat. Gaji naik, tetapi ketenangan hati menurun. Ingat apa yang saya kata tadi, what you give you get back… Golden rule itu bukan untuk kebaikan sahaja, tetapi untuk kejahatan juga. Kalau kita berikan kejahatan, kejahatan itu akan kembali semula kepada kita. Kaki ampu, mungkin akan dapat anak yang pandai bermuka-muka. Kaki bodek mungkin dibalas dengan isteri yang berpura-pura!” terang saya panjang lebar.

“Jadi apa yang harus saya lakukan dengan baki masa perkhidmatan yang tinggal tidak beberapa bulan lagi ni?” “Bekerjalah dengan gigih. Walaupun mungkin bos tidak melihatnya, tetapi Allah Maha Melihat. Bekerja itu satu ibadah. God is our “ceo”, kata orang sekarang. Insya-Allah, satu hari nanti manusia juga akan diperlihatkan oleh Allah tentang keikhlasan manusia yang lain. Jangan berhenti memberi kebaikan hanya kerana tidak dapat penghargaan…”

“Maksud encik?”

“Jangan mengharap terima kasih daripada manusia atas kebaikan yang kita buat kepadanya.”“Kenapa?”“Kita akan sakit jiwa!”“Kenapa?” “Kerana umumnya manusia tidak pandai berterima kasih. Lihatlah, kalau kepada Allah yang Maha Memberi pun manusia tidak pandai bersyukur dan berterima kasih, apalagi kepada manusia yang pemberiannya terbatas dan berkala. Sedikit sekali daripada manusia yang bersyukur,” balas saya mengulangi apa yang maktub dalam Al Quran.

“Tetapi Allah tidak berhenti memberi… “kata kakak itu perlahan.“Walaupun manusia tidak berterima kasih kepada-Nya. Sekalipun kepada yang derhaka dan kafir, tetapi Allah terus memberi… Justeru siapa kita yang tergamak berhenti memberi hanya kerana tidak mendapat penghargaan dan ucapan terima kasih?” “Ah, kita terlalu ego…”

Dan itulah kesimpulan perbualan yang saya kira sangat bermakna dan besar impaknya dalam hidup saya. Saya terasa “diperingatkan” semasa memberi peringatan kerana pada hakikatnya saya juga tidak terlepas daripada lintasan hati oleh satu pertanyaan… orang ikhlas tertindas?

SUMBER : http://www.gedungilmu.com/agama/orang-ikhlas-tertindas/

Bila saya amati cerita kat atas ni saya teringat pesanan dari ibu tersayang supaya sentiasa amalkan ikhlas dan jujur dalam kehidupan/kerja serta hindarkan daripada sifat dengki, dan balasannya kita akan dimurahkan rezeki dan mendapat kelapangan fikiran. Alhamdulillah pesanan ibu saya memang benar2 berlaku pada diri saya dan saya amat bersyukur di atas rezeki dan jalan yang dipermudahkan oleh Allah s.w.t.

Tuesday, April 26, 2011

Bee shuka Bubur Durian..

Malam Ahad Fuad ada jemput gi mkn durian kat umah dia kat Kajang. Dia amik banyak durian dari dusun bapak dia kat Pahang. Kawan hubby lain pn ada (bai, arul n azam) lepak2 kat luar umah sambil melantak durian dengan banyak nyer..hehe..


yang otai kopak n pilih durian nyer bai..bestla dapat lepak2 layan durian ramai2..durian tu lak rasa memang lemak manis cukup..xtau la aku kucing tdoq ka bangkit ka..musangking..tapi memang mabeles la..

Masa nak balik fuad bekalkan jugak sorang sebijik dua durian..horeyy..hubby terus ckp "yang wat bubur durian na..bee shuka, lama x makan"..

Semalam wat bubur durian bagi memenuhi keinginan hubby yang lebih2 daripada orang mengidam..bekalkan kat mak mertua jugak semalam..pagi ni sambung makan lagi dengan roti lak..



Senang jer nak buat, masuk durian, santan, gula, air dan daun pandan.Masak dalam 5-10 minit.Tadaa siap untuk di santap..

Kenapa kita menutup mata...

Khas untuk bff aku..Hasni..walaupun aku xdekat dengan hang..tapi aku sentiasa rindu saat melepak dengan hang..

Kenapa kita menutup mata ketika kita tidur ?,
ketika kita menangis ?,
ketika kita membayangkan ?.
Itu karena hal terindah di dunia ini TIDAK TERLIHAT...


Ketika kita menemukan seseorang yang keunikannya
SEJALAN dengan kita…
kita bergabung dengannya dan jatuh ke dalam suatu keanehan
serupa yang dinamakan CINTA.
Ada hal-hal yang tidak ingin kita lepaskan.
Orang-orang yang tidak ingin kita tinggalkan...
Tapi ingatlah...melepaskan BUKAN akhir dari dunia,
melainkan awal suatu kehidupan baru.

Kebahagiaan ada untuk mereka yang menangis,
mereka yang tersakiti,
mereka yang telah mencari...
dan mereka yang telah mencoba.
Karena MEREKALAH yang akan menghargai betapa pentingnya orang yang telah menyentuh kehidupan mereka...


CINTA yang AGUNG ?,
adalah ketika kamu menitikkan air mata
dan MASIH peduli terhadapnya…,
adalah ketika dia tidak mempedulikanmu
dan kamu MASIH menunggunya dengan setia,
adalah ketika dia mulai mencintai orang lain
dan kamu MASIH masih tersenyum
dan berkata 'Aku turut berbahagia untukmu'.


Apabila cinta tidak berhasil...BEBASKAN dirimu...
biarkan hatimu kembali melebarkan
sayapnya dan terbang ke alam bebas LAGI.


Ingatlah...bahwa kamu mungkin menemukan cinta dan kehilangannya…
tapi ketika cinta itu mati, kamu TIDAK perlu mati
bersamanya...

Orang terkuat BUKAN mereka yang selalu menang,
MELAINKAN mereka yang tetap tegar ketika mereka jatuh.
Entah bagaimana dalam perjalanan kehidupan,
kamu belajar tentang dirimu sendiri dan
menyedari bahawa penyesalan tidak seharusnya ada.
HANYALAH penghargaan abadi atas
pilihan-pilihanan kehidupan yang telah kau buat.


MENCINTAI... BUKANlah bagaimana kamu melupakan,
melainkan bagaimana kamu MEMAAFKAN…
BUKANlah bagaimana kamu mendengarkan,
melainkan bagaimana kamu MENGERTI…


BUKANlah apa yang kamu lihat, melainkan apa yang kamu RASAKAN…
BUKANlah bagaimana kamu melepaskan,
melainkan bagaimana kamu BERTAHAN…
Lebih berbahaya mencucurkan air mata dalam hati,
Dibandingkan menangis tersedu-sedu.
Air mata yang keluar dapat dihapus,
sementara air mata yang tersembunyi menggoreskan luka yang tidak
akan pernah hilang…

Dalam urusan cinta,
kita SANGAT JARANG menang..
Tapi ketika CINTA itu TULUS,
meskipun kalah,
kamu TETAP MENANG hanya karena kamu berbahagia…
dapat mencintai seseorang...
LEBIH dari kamu mencintai dirimu sendiri…

Akan tiba saatnya dimana kamu harus berhenti mencintai seseorang BUKAN karena orang itu berhenti mencintai kita,
MELAINKAN kerana kita menyedari bahawa orang itu akan lebih berbahagia apabila kita melepaskannya.

Apabila kamu benar-benar mencintai seseorang,
jangan lepaskan dia,
jangan percaya bahwa melepaskan SELALU bererti kamu benar-benar mencintai.


MELAINKAN...BERJUANGLAH demi cintamu.
Itulah CINTA SEJATI.
Lebih baik menunggu orang yang kamu inginkan
DARIPADA berjalan bersama orang 'yang tersedia'.
Kadang kala,
orang yang kamu cintai adalah orang yang PALING menyakiti
hatimu dan kadang kala,
teman yang menangis bersamamu adalah cinta yang tidak kamu sadari.

TEMAN SEJATI... mengerti ketika kamu berkata 'aku lupa..',
menunggu selamanya ketika kamu berkata 'tunggu sebentar'.
Tetap tinggal ketika kamu berkata 'tinggalkan aku sendiri'.
Membuka pintu meski kamu BELUM mengetuk...hehe betulkan2...

Friday, April 22, 2011

Saving The Stripes..rimau aaummm...

Mula2 tgk nama aku tersenarai salah sorang peserta wakil dari BPM untuk pergi talk : Save The Stripes- Awareness on Tiger Conservation aku rasa alaaa mesti bosan..tapi penceramah yang bagi talk tu memang best dan sempoi lawak giler.. Mr Nagu dari Bahagian Pengurusan Biodiversiti Dan Perhutanan (BBP), NRE..

Sikit info untuk dikongsi bersama daripada apa yang aku perolehi dari ceramah tu ialah.. 
  • Bilangan harimau kat dunia hanya 3,200 ekor sahaja di 13 buah nergara(termasuk malaysia) dan mampu hidup 12-17 tahun.
  • Harimau betina bunting selama 16 minggu dan anak yang lahir boleh berdikari(berdiri atas kaki sendiri) selepas 2 tahun.
  • Harimau jantan paling kuat rayau sehingga 100km sehari tp harimau betina pulak 20km jer..hehe yela nak jaga anak lagi..
  • Bila harimau mengaum, ngauman nya boleh didengar sejauh 8km.
  • Info paling best hahahahahahahahah...Harimau jantan mampu mengawan sehingga 50 - 70 kali sehari..bertukar2 pasangan(tgk dlm video yang ditayangkan)..woww power giler..kehkeh..

Jenis2 atau spesis harimau : Malayan, Siberian(Amour), Royal Bengal, Sumatran, Indo-Chinese, South China, Javan (dah pupus), Balinese(dah pupus) dan Caspian(dah pupus).
Banyak ancaman kepada harimau antaranya sebab pembangunan, untuk dijadikan ubat kuat lelaki, pembunuhan oleh manusia.
Antara lawak penceramah : "Harimau digunakan untuk hasilkan ubat kuat cina..tapi bila orang cina tnya mcmana dengan ubat kuat kaum india plak..dia jawab orang india memang dh kuat.." huhu...lawak2 jer yer..

Tapi dalam lawak2 tu aku paling tersentuh apabila penceramah tayangkan video, Jabatan Perhilitan cuba untuk selamatkan harimau yang tangan, kaki diikat..dalam keadaan berdarah oleh orang yang xberperikemanusiaan..sedihnya harimau tu nangis..akhirnya harimau mati jugak sebab terlalu tertekan dan tidak dapat hidup normal setelah beberapa hari diikat..walaupun Jab Perhilitan cuba untuk memberi kehidupan baru pada harimau tu..

Tgk sebahagian video ditayangkan kat sini..part harimau nangis dah dipotong..

Ceramah ni memang betul2 memberi kesedaran kepada aku bila tgk video kehidupan harimau di india yang sebenarnya dan ditayangkan selama 30 minit. Pihak urusetia juga beri brosur, sticker buku dan sticker kereta..


Klaster MADA..

Semalam aku dapat call dari Liza, kawan dari MADA suh datang MAEPS makan sup tulang khas dari MADA..diorang terlibat dengan Pelancaran Majlis Perhimpunan Petani Penternak Dan Nelayan(21/4/2011, 8.30 malam oleh KSU,MOA). Perhimpunan tu sebetulnya bermula hari ni, 22 - 24 April 2011 dari pukul 9.30 pagi - 6 petang bertempat di MAEPS, Serdang. Sepanjang Putrajaya pn ada letak banner ni..

Transplanter(Mesin tanam padi)

So aku lepak2 dengan Kinah, Zupi, Abg Chon dan Abang Razak. Aku nengok diorang menyediakan booth/klaster MADA. Memang kalau ada pameran berkenaan MADA jer..diorang orang kuatnya yang  sanggup tak tdo 2,3 malam buat design untuk poster dan banner..cayalah zupi n da geng..



Hehe aku n kinah posing atas transplanter tu..


Datangla beramai2..terdapat di Hall C dan D..macam2 jualan produk hasilan terdapat disini dengan harga yang istimewa.. aku pn nak pg lagi esok..nak beli beras Kedah Rice keluaran MADA..berkhasiat dan dijamin mutu nya..

Maklumat lanjut tentang acara majlis tersebut sila layari blog MOA di sini.

Thursday, April 21, 2011

Selamat Hari Bumi 22 April 2011

Hari ini merupakan sambutan Hari Bumi..semua orang tau ke macamana tercetusnya idea sambutan hari bumi ni.. kat bawah ni aku bagi skit secara ringkas(sumber Wikipedia).

Pada September 1969, dalam sebuah persidangan di Seattle, Washington, Senator A.S. Gaylord Nelson mengumumkan bahawa musim bunga 1970 akan diadakan demonstrasi dari akar umbi di seluruh negara bagi pembelaan terhadap alam sekitar. Senator Nelson pada mulanya mencadangkan bantahan alam sekitar di seluruh negara untuk menjadikan alam sekitar sebagai agenda negara. Katanya, "Ia satu pertaruhan, tetapi ia berjaya." Pada 22 April 1970 dikatakan hampir 20 juta rakyat Amerika Syarikat memenuhi taman dan auditorium.

Hari Bumi pertama menjadi pembuka jalan terbentuknya United States Environmental Protection Agency/US EPA. Lima bulan sebelum Hari Bumi 22 April yang pertama, pada Ahad, 30 November 1969, The New York Times mengeluarkan rencana yang panjang oleh Gladwin Hill yang melaporkan peningkatan aktiviti mempertahankan alam sekitar. Perjuangan Gaylord Nelson bermula sekitar lebih dari 7 tahun sebelum Hari Bumi pertama diraikan.



Setiap tahun, Hari Bumi 22 April menandakan ulang tahun kelahiran bagi gerakan alam sekitar moden pada 1970. Pada tahun 1990, peringatan Hari Bumi mulai berkembang secara global. Sekitar 200 juta orang dari 141 negara di dunia tergerak untuk mengangkat isu Bumi dalam skala global.



Kek hantaran tunang adik kesayangan..

Lepas balik keja apalagi teringat adik nak bertunang hujung bulan ni..kek xbooking lagi..aku sebagai kakak mesti dah wajib sponsor kek..dh tnya beberapa kedai kek..last skali teringat nk survey kat Secret Recipe, Seksyen 8..



hurm aku slalu layan SC ni bila sehari dua sebelum period..perasaan nk mkn kek datang mencurah2..dapat sepotong pn jd la..aku paling suka Strawbery Yogurt Cheese..sllrppp..

Jadi aku booking kek Chocolate Strawbery 1.8 kg untuk hantaran tunang adik..bila dah terpergi mesti lah terbeli walaupun bukan musim nak datang period..hoho..

New York Cheese Cake/Capuchino Cheese

Bakso Solo Pentol??Apa maksud yer...

Setiap ari Rabu, Pasar Malam Seksyen 9,BBB dibuka berdekatan Kilang Cokelat Beiryls..

Ondaway balik kerja singgah jap beli juadah kat c2..ari ni terasa nak makan Bakso la..last makan Bakso kat Kajang Kedai Masakan Padang..


Bila baca menu dia cam kelakar jugak..hehe Bakso Solo Pentol Biasa.Biasa mulut aku kan gatal nak tanya..apa beza Pentol Biasa dan Pentol Special..hehe bro tu jwb ngn slang2 seberang skit.."Kalau amik Bakso Solo Pentol Special, dia bagi meatball besar2 dan kecil banyak"..tapi yang xtahan tu Mee Ayam Complete..aku dh nk tnya hubby ckp cukup2 len kali tnya..kuang2..perasaan ingin tau membuak2..hehe aku batalkan niat..kehkeh



Aku beli Bakso Pentol Special..ada kruk2 skali..tp bg aku nak banding yang kat Kajang ngn cni yang cni lagi best..cukup pedas dan rasa..leh pilih mee, mihun atau campur..aku mintak pedas skit..so aku n hubby makan sambil meratap sedih la..hehe



Tuesday, April 19, 2011

Sedapnya Uncle Bob..upss..

Hehe..bukan Uncle Bob yang sedap..hoho..


Sebenarnya aku suka sangat makan Ayam Spicy dan Crispy Uncle Bob.. Selalu tercongok beratur panjang kat Pasar Tani Putrajaya hari Selasa dan Jumaat..tapi semalam aku g beli kat Pasar Malam Seksyen 1 Bandar Baru Bangi (kat shell) xramai..so sempat lagi snap gambar nye..


Sambil beratur sempat la tgk diorang goreng ayam yang besar dua tapak tangan dan xde tulang(dah gaul dgn tepung) dalam deep fry..siap ada 4 tempat menggoreng..pas2 angkat masuk dalam bekas bermuncung n potong2 dengan gunting letak perasa spicy dan cheese rasanya pastu masukkan dalam paper bag..pastu apa lg ngap2 la rebut2 ngn hubby..pedas + crispy + sedap..tiap2 mgu beli, dah mcm kena manderem la plak..


Saman PPJ..

Hehe kejadiannya aku g meeting kt MAMPU nak jalan balik ke kereta dh nampak abg uniform PPJ lalu c2..skali aku kena saman ngn PPJ da..sebab parking kat JPM kena bayar RM0.50 sen...aku xnmpk signboard bayar parking..kuang2..Kompaun tulis RM100..aku g wat rayuan bayar RM10 jer sbb bayar arini jugak..(parking NRE xyah bayor pun)..hehe

Resit bayar..


Monday, April 18, 2011

Yati Ayam Percik, Bandar Baru Bangi



Hari sabtu (16 April 2011) sempena pilihanraya Sarawak aku, ben, meklah dan yem mengadakan pertemuan kecil2an di Yati Ayam Percik, Seksyen 9, BBB. Lama xjumpa jd masing2 pn ada mcm2 citer nak dikongsi..kamera aku tgl kt umah mak..pakai omnia II aku pn jd la nk snap kenangan..huhu

Ben dgn citer malas nk mlayan student cosmopoint dier yang dok borak2 masa mengajar..hehe..sebijik cm perangai kitorang masa UTeM, masa lect mengajar mula la menyembang kat belakang..esp kak lin siap dapat title jual kain lagik..huhu

Yem dah senior n otai la cobol dari dia kerja ngn Hitech sampai skang.. sumpah aku xtau menatang programming cobol tu..huhu..yem celah gigi jer handle natang tu..

Aku ngn kerja kerajaan mesti punctual masuk kerja,meeting..pakaian mesti la ikut pekeliling..huhu..kan masa study dulu lambat ha amik..pengajaranla tu..kena plak handle staf perangai cm aku dulu..huhu..amik habuan..

Meklah lak dah otai java..dari OAS(aku pn kt ctu dulu tp 2 thn jer) sampai skang..aku tgk dok kur ker cm2 jgk..

Ben ikut hubby yang mengajar di politeknik dekat sepanggar, KK,Sabah. So susah skit la nk jmpa dia.cuma tgu raya dia balik semenanjung atau mcm arini dia sesaje balik amik restu ibubapa sebelum bersalin anak ke 2..

Yem dan meklah tinggal kat Kelana Jaya..so senang la nk jmpa2..tapi nnti aku nak lepak2 leh la roger depa..nk layan wayang ka..bowling ka..makan ka..
Sebut pasal makan teringat aku dah bet ngn yem..tapi rahsia yer tgu 2 bulan lagik..hehe..dh dpt result aku letak cni..kasi kagum skit..huhu..klu aku ikut displin la ek..

Kitorang lepak dari kul 12.45 tghari sampai 3.30 ptg..sampai pekerja ctu pn dah jeling2..tgk kitorang yang selamba ja lepak xcalo2..kitorang layan makan nasi kerabu, lauk ayam percik, daging percik, ayam kampung goreng dan keropok lekor. Makanan kt cni sedap..leh pilih set single or family..untuk membasahkan tekak kitorang pilih bandung cincau,laici kang n air mata kucing..huhu..

mcm besa la masa makan mesti la wat aktiviti mengepau lauk kwn2..mcm xbesa plak masa kt umah sewa kt melaka dulu main share2 jer..owh best nye zaman blajar xyah pk kerja..huhu..

Lepas dh bayar kt kaunter..yem+meklah +ben naik kereta aku g hantar ben kt umah mokpok dia kt sek 7. Niat sekejap jer nak singgah tapi dah melekat la plak sebab mak ben hidang teh o dan keropok..layan dulu borak2..lama xborak ngn mak ben sbbnya aku rapat dgn family ben sebab masa praktikal kt OAS,BBB dulu kitorang(aku, meklah dan liza) duduk rumah ben.


tgk pandai kan dia senyum n posing. manja plak tu..

Hanna anak ben dah 2 tahun 5 bulan (sama dengan anniversary kawin aku), hanna lahir(ben dok meneran) masa aku tgh bersanding kat Dewan Cempaka, PKNS, BBB..hanna dah pandai cakap, macam biasa dia akan malu2 bila berjumpa dengan orang..memang susah nk dengar suara..tula ri2 mula2 dukung dia ok..pas2 bagi dia duduk atas peha empuk aku ok lagi..dia lentok sampai tdo..pas2 bila dah letak kat atas sofa dia terjaga terus dia nangis..hehe..dia tgk mama dia xde g semayang kot..

tapi bila hanna dah mesra banyak dia cakap(dah panas enjin), dia lak suka bergambar..senyum n sengih jer bila amik gambar dia..pandai posing lak tu..setiap kali lepas amik gambar mesti dia ckp "nk tgk2"(ini sebijik perangai mak dia..haha)

untie mclah
untie yem

Lepas tu aku, yem n meklah nak cargas ke Mines tgk Pameran Kucing..skali aku dah tersasul da p masuk jalan shortcut ke Precint 14 haha..sengal sgt dah hari2 lalu c2..apa lagi Alamanda la layan movie..amik hubby kt AG, Putrajaya n kitorang layan Scream 4 kul 8.30 malam - 10.30 malam.





Bagi aku citer ni xngeri la..sebab dia cuma banyak scene terkejut2 n pembunuhan secara tikam2 jer..hehe..cuma penuh tanda tanya..sebab orang yang rancang pembunuhan adalah orang yang tidak disangka2..jenuh kitorg teka meneka..

Nasi Lemak Antarabangsa..Kg Baru


Macam dah naik harga jer, cm yg aku makan kat atas tu tambah sambal kerang n paru goreng rempah harga RM7.80..


Sunday, April 17, 2011

Hari Keluarga BPM,NRE di Paya Indah Wetlands

17 April 2011,Chalet B11,8.30 am - 2.30 pm

Entrance Paya Indah Wetlands, Dengkil, Selangor

Kolam Badak air


 Sampai dalam kul 9.00, bentang tikar n pasang khemah dulu..satgi nak kroih2 senang..huhu

Sukaneka : Kumpulan Biru


Baling dan sambut belon air jangan bagi pecah..

Barbecue ayam..

tolong kalih2 ayam..hehe




 Hubby berkipas sampai xnampak muka..

Ikan keli dan kembung..


Sukaneka kanak-kanak

Sukaneka : Bowling buah kelapa..aku hantam jer baling..



Tiup belon..

Yg Dipertuan Agong..

Puan Marsineh, SUB BPM sungguh sporting dan baik hati memberi souvenir coklat Ferrero Roche kepada semua orang..

Aku n hubby pn dapat winkk..

Lunch time..yummie..


Orang kuat AJK Kelab BPM sedang menyediakan minuman..

penyampaian hadiah untuk Sukaneka Kanak-kanak.

Kak ct wakil Kumpulan Biru untuk hadiah tempat pertama baling belon air..