Saturday, October 24, 2009

Air Terjun Titi Hayun Yan Kedah..


ni hubby  yg bushuk..satu tghari kitorg plan pg Air Terjun Titi Hayun Yan, Kedah. saje je nk g mandi sambil jalan tgk pemandangan sawah padi yg menghijau..ceewi sungguh hubby layan tgk sawah...ada jugak makcik2 yg dok mancing ikan di tali air..rasanya yang ada ikan keli, haruan dan sepat..



di entrance titi hayun ni ada satu map kedah. jadi memudahkan org2 yg datang melancong..



ni titi hayun yang panjang dalam 100 meter jer..menyambungkan antara air terjun dan entrance yang ada tempat mkn2 dan toilet(mandi).



 air terjun ini bersebelahan dengan tangga kenari 1000 tahun..kitorg xpergi sbb xsempat dh lewat ptg.untuk pergi ke air terjun puteri mengambil masa 3 km..kitorg xpg ke air terjun puteri sebab xlarat nak jalan..heheh



kat atas ni gambar air terjun tangga kenari, air terjun ni jernih dan sejuk..

Monday, October 19, 2009

Lepak2 Taman Ular dan Gua Kelam, Perlis

sudah sekian lama aku xmenambah isi blog ni..ni cuma nak share skit pengalaman bwk hubby jalan ke Negeri Perlis Indera Kayangan..pada 13 Okt 2009 lepas..


Sally n husband bertolak dari Mergong, Alor Setar pada pukul 9.30 pagi. Perjalanan untuk sampai ke kangar mengambil masa 45minit sahaja itu kira dah ++ ngan lori terkemut cm siput babi lagi..
Tempat pertama yang kitorg pergi ialah Taman Ular.






Di Taman Ular ni terdapat pelabagai jenis ular tedung (selar,tikus), sawa, kapak,orok-orok dll..ada lagi tp xigtla sbb takut tgk ular besar n byk melingkar jer sbb tghari kot ataupun diorg dah kenyang..mmg sian tgk tikus yg dibuat sajian utk ular-ular ni..duduk terperuk jer kt pintu..
menunggu ajalnya..



Masa kecik2 dl mmg slalu dgr arwah tok ckp ULAR KAPAK BODO..rupanya mmg ujudla nama ular tu..igtkan panggilan orang tua2 jer..hehe

selain daripada ular taman ini juga ada beruk dan reptilia yang lain seperti Buaya,iguana, kura-kura dan lain. Tapi yang kesian semua sangkar kat Taman Ular ini tidak diselenggara dengan baik. Pemandangan agak semak.

Selepas melawat Taman Ular, kitorg bertolak ke Gua Kelam. Perjalanan mengambil kira-kira 15minit dari Taman Ular ke Gua Kelam.



Mmg cantikla pemandangan di Gua Kelam ini, masa mula2 masuk ada air terjun.Walaupun hari bekerja ada jugak beberapa famili sedang berpiknik dan mandi manda.


Cuba jugak celup2 kaki..mmg sejuk...




 Anda jangan risau untuk merentasi Gua Kelam tersebut, ada disediakan jambatan / titi hayun. Di dalam gua terasa sejuk, kerana terdapat sungai yang mengalir dibawah jambatan.




Siap ada org pasang mancing dan tinggalkn kt c2..Gua Kelam ini tidak gelap kerana terdapat lampu yang menerangi sepanjang perjalanan merentas gua. setelah 5 min berjalan anda tembus di hujung gua, dc2 terdapat taman tgk gambar di atas( Pengambaran Jangan Pandang Belakang Congkak dibuat)..


Padang Besar, Perlis

Setelah penat kitorg jalan2 Di Gua Kelam, aku n hubby kelaparan dan ternampak kedai kat gambar bawah ni...



Ikan keli dan ikan talapia bakar..yummii..

Kacang kelisa dan umbut lengkuas, aku start suka umbut lengkuas ni sebab makan masa induksi umum. rasa dia lembut dan wangi..best try arr baru tau..

Nasi putih dan sayur bayam dengan betik..makanan sihat xde minyak..


Pemandangan sawah padi sepanjang perjalanan ke Padang Besar..
Cantik x??




Sampai sudah PADANG BESAR..weehoo

Macam2 ada dijual di Padang Besar, dari peiuk kuali, barang2 perkahwinan,pokok bunga,pasu2, ukiran, baju, jeans, gelang tangan, kerepek2 kacang, toto dan cadar..

Pokok2 pun ada jual, orkid kat cni macam2 warna dan cantik..

Bila lapaq datang lagi..layan pulut ayam la plak..sedap hurmm...

Laksa Utara..

Wednesday, October 14, 2009

Resepi Kek Prune

KEK PRUNE LEMBAP



Bahan-bahannya
1 ketul butter(250 gm)
2 cawan tepung naik sendiri + 1 sudu teh baking powder
1 cawan gula perang
½ cawan susu pekat manis
20 biji prune +1 cawan kismis (dimasak dan dilenyek)
5 biji telur
1 sudu teh ovallette


Cara :


1. Putarkan butter,gula,susu sehingga sebati.
2. Masukkan telur satu per satu dan putar lagi.
3. Masukkan ovallette dan putar lagi.
4. Masukkan prune yg telah dikisar dan putar lagi
5. Masukkan tepung sedikit demi sedikit dan kacau hingga sebati dengan senduk.
6. Masukkan prune dan kacau dengan senduk sudah memadai.
7. Bakar suhu 185 selama 1 jam atau kukus selama 1 jam.


Selamat mencuba resepi ini..Insyaallah menjadi..


sebab sally pernah buat kek prune bawak ke pejabat, ramai puji sedap ada jugak yang nak tempah, tapi sally wat suka2 jer.

Tuesday, July 14, 2009

Jalan2 Penang Masa berchenta..

 Nando's Queensbay Penang



 Batu Feringghi..



Friday, June 5, 2009

Butterfly Farm, Penang

Hari kedua kat Penang, kitorg plan nak pg Taman Rama2. Dari penginapan kami cuma 7 minit jer sampai.

 Bee & Entrace


 Cantik kan..dapat tgk rama2 yang banyak secara dekat2..


 Pokok bongsai.



Hehe rama2 datang kat tangan aku,..



 Periuk kera..kera pun ada periuk ke??pandai ke dia masak??





Bukan rama2 jer..binatang lain pun ada cm iguana, belalang, menatang yang menyerupai daun, batang, daun kering(katak)



nampak buruk jer menatang tu kan, sebijik cam daun kena makan ulat..


Geli ahh cicak nii..

Nampak x katak 2..sebij cam daun kering

Pameran rama2..ada rama2 idup yang diawat..bleh tau banyak pasal kitar hidup rama2 dari pulpa ke ulat sampai jd rama2..



 Hehe main2 cop2 kitar hidup rama2..budak2 suka..






Ada ruang pameran gambar yang dilukis memang cantik dan nampak real. Selain tu anda jugak boleh beli souvenir Taman Rama2..aku cuma beli keychain rama2 jer sebagai kenangan..RM5 jugak..

 Kena gigit kumbang/kaboi gergasi huhuhu


Gua buatan..