Wednesday, December 18, 2013

Kacang Pool..Orang Kedah pun makan Makanan Orang Johor..

Bikin Kacang Pool untuk makan malam bersama roti bakar sapu garlic spread...hubby suka sempoi tapi sedap..


Sumber Resepi : tiffin biru

Kacang pool

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 tin kacang pool, toskan dan ramas hingga hancur
1 tin kecil baked beans (cm guna cap ayam)
200 gram daging lembu kisar
10 biji bawang merah*
4 ulas bawang putih*
1 inci halia*(*dikisar halus)
1 1/2 camca besar rempah kari daging (baba's)
1 camca besar ketumbar serbuk
1 kiub daging (optional)
2 cawan air
Garam dan gula secukup rasa
2 camca besar minyak sapi

BAHAN-BAHAN SAMPINGAN :-)
Roti paun atau roti perancis, potong, sapu sedikit majerin dan panggang sekejap
Telur, digoreng mata kerbau secukupnya
Bawang besar, didadu
Cili hijau, dihiris
Cili merah, dihiris
Tomato, dididadu
Limau kasturi secukupnya, dibelah dua
Minyak sapi cair

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Satukan bahan kisar halus bersama rempah kari dan ketumbar serbuk, kacau rata, kalau pekat tambah sedikit air. Kacau hingga menjadi pes. Ketepikan. Panaskan minyak sapi, tumis pes rempah tadi hingga harum dan terbit minyak. Guna api kecil dan kacau selalu.
  2. Masukkan daging kisar, kacau rata dan masak hingga daging berubah warna. Masukkan air dan kiub daging (jika guna). Bila mendidih, masukkan kacang pool dan baked beans. Kacau rata.
  3. Masak hingga pekat sedikit, tambah garam dan gula secukup rasa, masak sekejap dan rasa, jika ok boleh matikan api (bila sejuk kacang pool akan jadi pekat, jadi anda boleh tambah sedikit air panas jika nak sedikit cair). 
  4. Untuk menghidang, cedok secukupnya kacang pool ke dalam mangkuk sesuai, letak sekeping telur mata kerbau, tabur bawang besar, tomato, hirisan cili merah/hijau dan curahkan sedikit minyak sapi cair atasnya. Perah jus limau kasturi sebelum dihidangkan bersama roti bakar....Sedap dimakan suam..

Wednesday, November 13, 2013

Dating2 Seoul Garden, Mines, Seri Kembangan

Konon-konon celebrate Anniversary kali kedua sambil berdating dengan hubby busuk..hehehe





Suka suka suka sebab makanan panas dan boleh amik banyak mana suka pun..minum sampai muntah..



Saturday, November 2, 2013

Makan-makan Anniversary ke 5 tahun yeaa...

Homemade Kek Coklat Raspberry sempena Anniversary Aku dan Hubby yang 
ke 5 pada 1 Nov 2013.

Perapan Ayam semalaman



Jamuan kecil-kecilan sahaja bersama family mertua..


Tukang bakor...hubby, biras dan adik2 ipar..


Monday, October 28, 2013

Makan Restoran Farhan, Kemaman

Makan-makan Kemaman ni pun sebab kebetulan ada Team Building BPM,NRE...

So amik kesempatan untuk makan untuk kali kedua kat kedai ni....tahun lepas makan kat kedai ni jugak memang sedap...nasi dagang mabeles..

boleh baca review orang lain kat sini dehhh Restoran Farhan, Kemaman


Pulut kuning dan ayam goreng berempah

Nasi lemak sambal paru dan tapai pulut

Nak makan nasi dagang asalnya tapi habis sebab dah lambat jadi ngap pulut pun sedap..

Selit sikit...

Selain daripada Keropok Lekor mentah kat Kualam Kemaman...kunyah2 yang wajib beli mestilahhhhh

Sata yang masih panas dan otak2 jalan on da way ke Kuala Kemaman..





Saturday, October 12, 2013

Masak Lemak Udang Galah Hasil Pancingan hubby




Bahan2 ( 3 orang )


10 ekor udang galah (dibersihkan)
1 biji bawang putih dan 1 biji bawang merah ditumbuk
7 biji cili padi merah ditumbuk
2 inci kunyit hidup ditumbuk
2 batang serai
Timun jepun atau biasa separuh

 1/2 karot potong panjang2
1 biji tomato
1 cawan santan



Cara2


1. Masukkan bawang putih, bawang merah,cili padi dan kunyit yang ditumbuk didalam periuk dengan setengan cawan air.
2. Masakkan sehingga mendidih, masukkkan karot dan serai.
3. Masukkan udang dan santan.
4. Biarkan mengelegak selama 5 minit.
5. Masukkan timun dan tomato biar layu diangkat dan boleh dihidangkan.



Saturday, October 5, 2013

Asam Pedas, Seput Sedut, Daging Salai Masak Lemak dan Sotong Goreng Ala Kampung

Komen : sedap jugakk

Restoran 35 (lorong kedua bangunan kedai berdepan Menara Taming Sari)


Medan Selera area Pantai Klebang

Monday, September 16, 2013

Kaki gemuk sapeee????

Gambar diabadikan di Tasik Dayang Bunting (Kali ke2 ke sini selepas 5 tahun) 

Ala2 repeat honeymoon plak kannnn...September 2013


Friday, September 13, 2013

Alkisah..nak pegi gym

Setelah sebulan bulan RAYA layan open houz tiap2 hari..

Hasilnya mestila berat badan naik melampau dan menyesallll...hahaha...bayangkan ari2 ngadap kambing

golek..

Ini pun berlaku sebab pengaruh rakan sebaya kat bwh ni...diorg yg bersalah menyebabkan aku gemukkk...

hahahahahaha

So minggu depan aku nk tuntut utang helena nak pg gym..mgu ni hasrat terbantut sebab tgu sport shoe dia..

lalalalalalalala























Helena dan Nadrah

























Kak Ita, Helena dan Nadrah

..Kempen Jumpa Syiling..

Cara mendisplinkan aktiviti menabung tanpa sedar..

Kaedah : Aku dan husband menetapkan dengan cara bila jmpa syiling je masuk tabung..bukanla sapa2 pnya jmpa syiling yea..hehehe

Ni tabung bebear(pemberian rakan iaitu Siti Aisyah semasa matriks) kt opis..tapi kecik jela..

Tabung kat umah hasil kempen ni penah mencecah RM500..cam xpcaya kan..

















Konsep sikit2 lama-lama jadi bukit..

Thursday, September 12, 2013

X perlu kata apa-apa..

Di abadikan semasa jalan -jalan Penang 2013

Gemuk ketiga??

Nak perkenalkan gemuk ketiga dalam rumah..

tadaa...nama dia SAM..kucing jantan yg masih teruna..














Muka kena marah sebab cakar sofa aku...tempat cakarin aku bg xnak cakar...

Lepas kena marah dia gesel2 cm nk mtk maaf..tp bila aku gosok cm trima la sbb muka dia berharap..

hasilnya dia buat muka majuk...

Memang terhibur ada dia dh setahun 2 bulan jadi gemuk ketiga..

Gemuk 1 dan 2 dh dicop dua orang bwh ni:


















Hehe...boleh cm2...

Kaki di header banner blog??


Tertanya-tanya??

Mungkin ada ckp kurg sopannya..

Gambar tu mmg sentimental value tersgt lah tinggii utk diri ini..

Sebab:

Kaki tu..kaki gemuk akulah..

berinai..pakai masa kawin..

lokasi honeymoon.. pantai chenang pulau langkawi..

photgrapher..hubby tersyg..dia sgt suka hasil gambar tu..

sedih : seluar oren tu ttgl masa g jln2 genting..waaaaaaaaaaaa..tersgt syg seluar tu..

tapi btulla org ckp..tmpt honeymoon yg 1st mesti rs nk pg lg..terigt2..aku xpasti sbb apa??

hmm konpiuss laa..

lamanya..............apa yg terjadii..

Lama gila xupdate blog nih..xde mood kot..xde jiwa ke..??

Gambar jalan-jalan Butterfly Farm, Penang 2010

Best kan jadi rama - rama...cantik je warna - warni n terbang bebas...tp klu rama -rama kena pijak jd abu gak..xde yg perfect kt dunia ni..

apa aku merepek ni hoi..nak peod ke????

Wednesday, September 4, 2013

Ujikaji Paste Char Kuey Teow berjayaa..



Resepi Char Kuey teow

sumber http://www.potretkasih.com/ dan Cikgu

bahan paste

 200 gm udang ( lebih pun tak pe!!! ) 
 250 ml air
 4 ulas bawang putih di ketuk-ada yg suggest mesin/tumbuk lumat
6 sudu besar sos tiram
3 sudu kecil kicap pekat - tak der so cikgu tambahkan sukatan kicap manis
 3 sudu besar kicap manis
1 kiub pati ikan bilis /2 sudu besar petis– cikgu guna kiub pati ikan bilis sbb petis tak der
2 sudu kecil garam ( jika sos tiram masin boleh kurangkan 1 sudu )
 1 sudu makan gula-cikgu sesuaikan dengan sedap mulut. 

Cara penyediaan untuk paste

1. Rebus udang separuh masak. Kemudian asingkan kulit dan kepala udang tadi. Isi udang diketepikan dulu.
2. Kisar kulit dan kepala udang tadi, bersama air rebusan tadi, tapis dan ambil stoknya.
3. Campurkan stok udang dengan sos tiram, kicap manis, kicap pekat, bawang putih, garam gula dan kiub ikan bilis.
4. Reneh bahan paste tadi hingga agak pekat. Sejukkan seketika. Boleh simpan dalam petisejuk supaya tahan lama.

Masak Char Kuey Teow

200 g kue teow ( @ ambil secekak untuk seorang makan )
1 sudu makan cili kisar
kerang ( tak de… so tak buh)
taugeh dan kucai
1 biji telur
4 sudu besar paste char kuey teow 

Cara 

1. Tumis cili kisar hingga garing. Masukkan 4  sudu besar paste tadi.INGAT... !! api mesti mau besar aaa...
2. Masukkan kerang dan udang yang telah direbus tadi. Nak sedap lagi tambah udang fresh. Kasi ketuk2 sikit kuali tu biaq happening skit hehehe.
3. Kemudian masukkkan 1/2 cawan air. Bila kuah mendidih barulah masukkan kuey teow, kucai dan taugeh.
4. Pecahkan telur, kacau dan bolehlah di angkat. Kalau agak2 kering, tambahkan lagi paste char kuey teow tu. Ingat, tak perlu masak lama2 sangat,nanti kering kontang ler char kuey teow tu. Biar basah2 skit sbb char kuey teow ni cepat meresap

Ni plak tips nak masak kuew teow sedap......

~Char kuey teow ni kalau nak sedap siapkan pastenya lebih awal. Maknanya jgn nak masak kul 8 mlm, 7.45mlm korang baru nak buat paste ni. Masak la awal sejam ke, tak pun awal sehari ke. Tak pe lagi awal pun sebab pasni bleh disimpan lama dalam peti


~Proses memasak kue teow ni dalam 3-4 minit saja… pastikan api kuat dan pergerakan pantas semasa memasak kuey teow ini!!!. Kalau guna api besar tp actionnya macam siput, gerenti hangus ler kuey teow korang tu...... huhuhu


~kena masak satu2 baru sedap atau pinggan by pinggan. Maksudnya kat sini  kalau 2 orang makan 2 kalilah masak…. Char kuey teow memang tak sedap kalau masak dalam jumlah yg banyak!! 

Saturday, July 6, 2013

Jejak langkah anak kecil ini

Adakah anak kecil ini akan mengikut jejak langkah ibunya yg mencari rezeki sebagai pendayung sampan Sungai Mekong..



insaf bila diri ini melawat negara lain yang lebih sukar kehidupan rakyatnya..syukur datang tetiba....

Sob.. sob..


Sumber Rezeki??..Sungai Mekong

RM40 gaji sebulan untuk seorang pendayung sampan di Sungai Mekong, Vietnam..nape xpcaye??


Diabadikan semasa melawati Ho Chi Minh, Vietnam Jun 2013

Perit jerih mencari sumber rezeki untuk keluarga..


Friday, July 5, 2013

Masalah saiz selipar???

Nah... pilih - pilih..


Di abadikan di Terowong Chu Chi, Vietnam Jun 2013

Kreatif..hasil dari kayu


Diabadikan di Sungai Mekong, Vietnam Jun 2013

Saturday, June 15, 2013

Udang Goreng Butter/Buttered Prawn

Untuk makan tenggah hari arini selain daripada Ikan Siakap Sweet Sour...tada...Udang Goreng Mentega / Butter Prawn...sedap wajib cuba resepi kat bawah ni...


Udang Goreng Butter/Buttered Prawn 

Oleh: Azie Kitchen

Sarang Telur:
2 biji kuning telur
1 senduk butter/margerin
1 cawan minyak masak

Pukul ringan kuning telur. 
Panaskan butter/margerin bersama minyak masak. Sebaiknya gunakan senduk bulat. Bila minyak dalam kuali sudah betul betul panas, pusing pusingkan minyak dengan senduk tu laju laju membentuk bulatan sehala tanpa henti.

Kemudian tuangkan kuning telur tadi, tuang tinggi sikit supaya telur jatuh ke dalam kuali tu halusss jer. Teruskan pusing minyak tu laju laju dan tuang hingga habis. Pusing terus senduk tu sehingga telur tu masak berwarna keemasan. 

Udang:
12 ekor udang 
Sedikit garam
Sedikit lada sulah
Minyak untuk menggoreng 
3 ulas bawang putih - dicincang
6-8 tangkai cili padi - dihiris
5 tangkai daun kari
1/4 cawan susu cair/susu segar
Sedikit butter/margerin untuk menumis
Sedikit serbuk lada hitam/putih - jika suka
Garam secukup rasa

Mula mula goreng dulu udang yang digaul dengan sedikit garam dan lada sulah sehingga agak berubah warna dan masak. Jangan goreng terlalu lama sangat nanti udang akan mengecut, tak cantik dan agak keras bila dimakan. Angkat dan toskan minyaknya. Keluarkan minyak tu dari kuali, tak nak guna lagi.
Panaskan butter/margerin di dalam kuali dan tumis bawang putih, cili padi dan daun kari hingga garing dan naik bau. 

Kemudian masukkan susu cair dan masak sebentar. Masukkan udang yang digoreng tadi, sedikit serbuk lada hitam/putih dan garam secukup rasa. Jangan bubuh banyak sangat garam yer sebab butter atau margarine sudah ada garam.
Setelah semua bahan masak dan mesra, bolehlah dimasukkan ke dalam pinggan hidangan dan taburkan sarang telur/floss yang kita buat tadi. Siapp.. Senang kann

Thursday, June 6, 2013

Kek Red Velvet Cheese (Kek Baldu Keju)



RESEPI KEK RED VELVET MOIST
resepi olahan oleh : hanamemories.blogspot.com

Bahan-bahan
  • *2 cawan tepung kek/superfine
  • *2 sudu besar serbuk koko
  • *1 sudu kecil baking powder
  • *1 sudu kecil soda bicarbonat
  • *1 sudu kecil garam
  • 1 cawan buttermilk - resepi di bawah
  • 1 cawan gula halus
  • 1 sudu besar pewarna merah
  • 1 cawan minyak masak (aku guna 1/2 buttercup yang dicairkan diatas api perlahan)
  • 1/2 cawan air panas - hana tambah 2 sudu besar lagi
  • 2 biji telur A
  • esen vanila

Topping
  • 250g cream cheese @ satu ketul
  • 1/2 cawan whipping cream
  • 1/2 cawan gula - hana letak 1/4cwn+1sb jer
  • 1 sudu besar jus perahan lemon
  • 1 ketul Chedar Cheese di parut kan untuk tabur  -----------------> tambahan barang oleh aku

Cara-cara
  • Sediakan buttermilk - Campurkan 1 cawan  susu segar/susu cair dengan 1 sudu besar cuka apple cider atau cuka putih. Biarkan sebentar lebih kurang 10minit. Boleh juga guna yogurt sukatannya ialah 3/4cawan yogurt plain/original + 1/4 susu segar.
  • Satukan bahan yang bertanda * ke dalam mangkuk. Ketepikan.
  • Mangkuk lain, satukan gula, minyak dan juga telur. Pukul hingga kembang. Masukkan buttermilk, pewarna merah dan esen vanila. Pukul lagi. Masukkan bahan yang telah diayak tadi sedikit demi sedikit sambil putar perlahan hingga semua sebati. Akhir sekali masukkan air panas dan gaul sebati.
  • Lengserkan loyang dengan butter dan tepung, tuang adunan dan bakar 45minit. Kek ini boleh juga dikukus. 
  • Sementara menunggu kek masak, sediakan topping. Putar semua bahan sehingga sebati kemudian sapu pada kek dan taburkan dengan chedar cheese yang diparut dan disejukkan dahulu baru potong dan hidang.

Thursday, May 23, 2013

Resepi Kebab Roti Pita...Kebabomm


Resepi Perapan daging (1jam)

3 keping daging burger
1 sudu besar serbuk kari
1/2 sudu kecil serbuk cili
garam dan gula
2 ulas bawang merah tumbuk lumat
2 ulas bawang putih tumbuk lumat
3 sudu sos tiram
4 sudu sos cili
1 sudu sos black paper


Resepi Inti 

Daging yang perap tadi
separuh batang carrot di potong dadu
separuh timun di potong dadu
1 biji bawang besar di dadu
1 ulas bawang putih racik
1 biji tomato di dadu

1. Tumis bawang besar dan bawang putih hingga naik bau
2. Masukkan daging perap dan grill atas pan sampai masak
3. Masukkan timun dan carrot
4. Angkat inti ke dalam pinggan dan gaul dengan tomato dadu
5. Sumbat inti ke dalam roti pita yang telah digrill dan dilapik salad..letak mayonis dan sos cili dan sedia di makan

Wednesday, May 15, 2013

Resepi Roti Puri/Arab dan Kari Dal Udang







Roti Puri/Arab

Bahan2 ( 10 ke 12 biji )


2 cawan tepung gandum
1 sudu kecil yis mauripan
1/2 sudu kecil garam *
3 sudu makan minyak masak *
2 sudu makan gula *
125ml air panas *
40-50ml air
Minyak utk mengoreng

Cara2


1. Satukan bahan bertanda (*) dan kacau sehingga larut
2. Satukan tepung dan yis .. gaulkan
3. Satukan kedua-dua adunan, dan digaul dengan mgunakn tangan, gaul adunan sehingga menjadi doh dan tak melekat di tangah
4. Tutup bekas adunan dengan kain lembap dan perap doh selama 30minit ..doh akan naik 2-3 kali ganda
5. Bahagikan doh kepada 10-12 bhgian bulat yg kecil dan canai doh nipis nipis.
6. Goreng dengan minyak yan gbetul-betul panas dan angkat bila sudah kekuningan.



Kari Dal Udang 
Bahan-bahan
2 sudu besar kacang dal (direndam dulu 15 minit dan direbus sehingga empuk)
1 ulas bawang merah dimayang
1 ulas bawang putih dimayang
1 biji bwang besar ditumbuk halus
1 cm halia di potong nipis
1 tangkai daun kari
2 kuntum bunga lawang, 1batang kayu manis, 2 biji bunga cengkih(rempah tumis)
1 paket rempah kari daging Babas
1 biji kentang dibelah 4 dan 1batang karot potong panjang2
15 ekor udang segar
setengan cawan santan
garam


Caranya:

1. Tumis bawang merah, bawang putih dan halia.
2. Bila dah garing, masukkan rempah tumis dan daun kari.
3. Masukkan rempah kari, kacau rata, masukkan setengah cawan air.
4. Bila dah naik minyak/garing, masukkan kentang yang telah      dipotong tadi.
5. Masukkan santan dan kacang dal.
6. Masak kentang hingga empuk dan masukkan karot.
7. Bila dah mendidih, baru masukkan udang tadi dan garam. Kacau rata.
 Biarkan masak 5 ke 10 minit dan sedia diangkat.

Tuesday, March 12, 2013

Mee Racun Batu Pahat yang meracun fikiran...arghhh



Nak lagi...nampak tak Mee Racun yang siap Gear Box tu..walaweh...xrugi makan menda nih...
tapi bila lagi dapat repeat nih...

Kalau nak gambar jelas dan banyak serta penerangan detail baca kat sini azlitamasammanis.com

Sebab lapor dan pergi makan pun dah malam jadi xsempat la nak amik gambar keliling...ngap tak panggung kepala..memang sedapppp

Saturday, January 26, 2013

Resepi Nasi Lemak Sempoi dan Mudah Aje


Bahan-bahan ( 4 orang )

Bahan untuk nasi

 2 cawan beras
1/2  cawan santan n 1 1/2 cawan air
1 helai daun pandan - disimpul
3 hirisan halia
secubit garam

Bahan untuk sambal

6 sudu besar cili kering mesin (15 biji cili kering - rendam air panas dan blend)
4 ulas bawang merah ditumbuk
2 ulas bawang putih ditumbuk
1 biji bawang besar dihiris
segenggam ikan bilis 
sedikit air asam jawa
sedikit belacan 
garam n gula

Bahan sampingan 
Ikan bilis goreng, 4 bijitelur rebus dan separuh timun.


Cara-cara

1. Nasi - Campur semua bahan untuk nasi dan masak seperti nasi biasa.
2. Sambal Ikan Bilis - Tumis bawang besar, masukkan bawang2 yg ditumbuk,       cili mesin dan  belacan hingga sedikit garing dan pecah minyak.
    Masukkan air asam jawa dan ikan bilis yg sudah dibersihkan tadi.
    Masukkan garam dan gula. Masak sehingga agak pekat dan angkat untuk         hidang.