Thursday, April 14, 2011

Snorkeling Pulau Manukan, Mamutik dan Sapi

Jesselton Point Jetty..Kota Kinabalu..Jeti untuk naik boat ke Pulau Manukan, Mamutik dan Sapi..adalagi pulau2 lain tapi kitorg pilih 3 pulau tu..




Kat cni ada kedai2 makan yang nampak menarik tapi pagi belum buka lagi..jadi kitorang breakfast kt kafe bersebelahan tiket bot..



Kat atas tu kaunter tiket bot dan set snorkelling..naik bot lepas tu dia letak kat setiap pulau 1-2 jam cm2..ha ko snorkeling la sampai lebam..haha..aku lak sampai itam..sampai naik lenguh lengan aku..tiket xmahal pun total untuk dua orang sekali set snorkelling dalam RM120 jer kot..xberapa igtla..tapi berbaloi dan puas hati..



Kat bangunan kaunter beli tiket ada juga kedai2 pun ada jual barang2 snorkeling..kot2 nak cari baju mandi ke..makanan ker..sun block ker..haha aku bleh xpakai sun block sbb igt x sun burn kot..sbb aku snorkeling kat pangkor ok jer(tu  sebab 2 jam jer, xsempat terbakor)..haha skali amik snorkeling 6 jam terbakar naik irengggg dah aku..siap mengelupas2 lagi..aku yg putih pekat jd cm2..hubby yg putih cair lagi la..bila terbakar xdapat nak digambarkan dengan kata2..hahaha..







Hubby tolong pasangkan snorkel dan gogle..

Sebelum naik bot, beli la makanan ikan atau bawak roti..supaya nanti bila tabur jer ikan datang dekat ngn kita masa snorkel..leh la tgk dekat2..


rehat jap..minum dulu penat wehh


 sengih2 nampak syiok + cewwi laa 2...







 Ramai gak orang naik scooba doo-mini submarine nih..tp RM100 lebihlaa..


 Tinggalan perang..semacam jer kan..



Destinasi terakhir..Pulau Sapi..



Jalan-jalan Kota Kinabalu..

3 - 6 Julai 2010

Kitorang naik MAS dari KL kul 7.30 pagi..

hubby ngantuk..

 Kitorg lambat check in, xdapat duduk sbelah menyebelah..duduk blkg hubby..tu kepala beso hubby..jangan besar kepala dah..kueng2..


Bekpes yang disediakan MAS..

Lepas 2 jam setengah sampei sudah Aiport KK..kitorg terus ke Hotel Cititel,KK

Bila lapor menjelang kitorang kuar makan kat Medan Selera, dekat dgn Pasar Besar KK.. nasi putih +sambal belacan + Ikan goreng + masak lemak ikan buntal..adik kedai makan tu suggest kitorg makan.."tryla kak ini masakan kaum saya" dia cakap masak lemak ikan buntal ni popular kt c2..sehari  3 tray besar diorang sediakan..aku tnya gak proses buang racun dia..adik tu cakap diorang mmg dah terer wat keje tu..

Tapi anda leh cuba la..bagi aku isi ikan buntal ni sedap dan manis..klu ada peluang pg lagi ke sabah memang aku nak makan lagi..


Ondaway jalan balik ke hotel kitorang lalu tepi Pasar Filipina yang ada jual mutiara dan macam2 kan..aku duduk merambang mata kat c2 sampai 2 jam  xsedo memilih gelang, butang baju mlayu, brooch dan tshirt I'm Orang Utan untuk bagi opismate dan sedara mara..


sepanjang jalan kat c2 ada jugak gerai buahan2 dan hasilan laut bersebelahan Pasar Filipina..


Kat atas tu Kuda Laut yang dah dikeringkan dipacking dalam plastik dan digantung.Selalunya orang beli untuk berubat pesakit lelah atau asma..
Sampai kat kedai jual kerepek2 ni..apalagi seronok la hubby aku..aku beli Kuih Cincin yang sedap tu banyak2..sampai jer bilik 1 bungkus besar kena ngap ngn hubby..mmg mat kruk2 betulla..kalau adik aku balik dari lahad datu pun dia slalu belikan kuih cincin tu..memang sedap..

Kat bawah ni rupa bentuk kuih cincin ...rasa manis dan ranggup..

Berdekatan dengan Pasar Filipina ada ruang lapang yang bersebelahan laut. Kat cni la dalam kul 4.30 ptg Pasar Malam Sinsuran dibuka..maklumlah kat sabah kul 6.00 dah mula gelap..

Kitorang jalan2 tgk ramai orang dok melayan bakso..nampak menggiurkan jer..teringin plak apalagi kasi try tgk..


Ha tapi yang paling pelik aku makan iaitu ABC dia sepesel skit..ada makaroni..nape xpercaye????tgk gambar bawah aku snap sebagai bukti..



Macam2 ada jual, ikan,ayam, buah, sayur, makanan mcm soto,bakso, mee goreng, ikan + sotong + udang pendek kata semua seafood bakar ssslrrrpp, kepak ayam bakar sedap jugakkk..





Amacam ok..??

hari kedua baru kitorang layan makan seafood bakar ni.. Tapi oleh kerana dah citer pasal Pasar Sinsuran ni aku gaul rata jer citer kitorang makan kt cni..bagi aku murahla RM35 jer..Ikan Kerapu + Sotong besar 2 ekor +Udang + Rumpai laut + 2 nasi putih +2 air limau ais..diorang sediakan satu bekas ada  air asam jawa + sambal + cili padi + kicap + garam + ajinomoto.. jadi campurla ikut suka hati untuk jadi pencicah ikan bakar..klu nak cepat botak letak la Pak Aji lebih skit..hehe

Haha..aku ni mmg peel suka cuba benda baru..aku pun try la amik rumpai laut untuk nak rasa nampak macam menarik..tapi kesudahannya aku rasa sikit jer terus aku tinggal..sbb ada rasa masin + payau + lembik..haha..hubby langsung xsentuh klu dia tgk pelik jer..dia plak xsuka menda pahit..bdn jer beso.. ubat pahit pn takut..kuang2..

Kitorang pilih ikan,sotong dan udang sendiri mintak dorang bakar, ada jugak seafood bakar yang dah siap..Memang banyak sangat pekedai ikan bakar kat cni..anda boleh pilih yang mana anda minat..diorang sediakan meja panjang dan kerusi boleh terus jer makan kt c2..

Kat atas ni kuih Putri Ayu di Pasar Sinsuran(beli untuk makan ringgan  malam nnti)..Tapi klu rupa Putri Ayu kat Semenanjung berbeza skit..mcm kat bawah ni kan..


Kuih xtau nama..tapi rasa pulut kt dalam dia..sedap jugak

Kuih ni pun xtau nama..tapi sedap semua kuih pn aku try..ni jela peluang untuk merasa kuih yang berlainan kat tempat orang..

Lepas berjaya menghabiskan duit di Pasar Filipina dan Pasar Malam Sinsuran..apa lagi menapak balik untuk mandi, layan kuih dan kroih2 ler..

Aku berKARISMA okeyyy..

hehe..jangan salah anggap..bukannya berkarisma dari segi perwatakan dan penampilan tetapi aku ada Scooter KARISMA 125..aku pakai scoot ni masa aku belajar di UTeM..

Menatang ni merupakan nyawa aku masa tu, yang aku bwk g kelas, kerja part time kat McD Taman Buaya, Jusco Ayer Keroh dan jalan2 ngn kwn2 n exbf Mr P..Pembonceng setia aku ialah Ben..budak satu kuliah dan satu umah dan satu bilik.Walaupun ujudnya menatang ni aku jadi lambat setengah jam gak pergi ke kuliah..tu yg lecturer pn kompius ngn aku..hohoho.. Pn Azilah pernah tnya "Salina kamu lambat kenape?tgu bas kolej ke?" aku jawab " x puan,saya naik moto".. "dah tu nape kamu leh lambat?".."entahla puan.." tu jer aku jaw...hehe..jawapan yang tepat bangun lambat..kueng2..

Malam2 kul 2, 3 pagi aku ngn housemate ben,anoi,liza,kak ina n meklah akan merempit utk melepak subaidah tentunya ditemani pio, arip, wanborn, cikgu dll...


Dengan menda ni jugak la aku exciden kt simpang Air Keroh Hight..huhu..waaa...xde la patah2 tapi bengkak 2x ganda juga la kaki aku..sebab mengikut kata tukang urut darah tulang pecah..aku risau jugak takut ratak ke apa..mak ajak aku xray kt Hospital Sungai Petani..tp disahkan xde pape..2 bulan jugak xleh bawak scoot..

Pas2 jalan terhencot2..masa kt hospital nurse suh aku naik "wilcha" nak bwk g xray tapi aku xnak..aku sanggup jln terjengket2..klu x tak pasal2 aku jd "sally wilcha" jenuh aku nak menggelek tgn lak..hehe..doc nak bagi tongkat aku xnak jgk..nmpk cm parah sgt plak..


Masa ni teringat muka mak yang jaga aku, sapu ubat kt kaki aku..balut kaki aku..masak kat aku..pimpin aku g mandi..Sayang mak sangat2..

Tapi yang aku xleh lupa,dalam keadaan aku sakit kaki kiri bengkak tu aku nak balik SP. Perjalanan aku masa aku naik bas dari Melaka - Sg Petani ambil masa 12 jam yang sepatutnya 8 jam jer..Bas tu boleh plak brenti kat Batu Caves sampai 3 jam dalam keadaan panas aku duduk dalam bas xturun sebab aku dah sakit sgt xleh nak jalan banyak..dah bengkak sangat..orang lain semua turun tgu kt bawah..kencing pn aku xturun..

Dah tu driver bas 2kali gak tnya semua penumpang turun kt mana, aku lak dah ckp turun SP. Dia boleh bawak bas lepas exit SP Selatan nak terus ke Alor Setar, aku pn mtk tlg mamat dpn aku bgtau. Boleh driver bas tu ckp "Lenkali bgtau awal2" masa aku nak turun..macam hampeh jer..aku dah la dlm kesakitan..apalagi keluar la ayat power.."td bukan abang dah tnya ke, lain kali catat dan amik ingat"..haa amik aku dh la kepanasan dan kesakitan..memang mendapatla..

last2 dia masuk exit Sungai Petani Utara hantar aku..



Hehehe..

Wednesday, April 13, 2011

Lawatan 5 S dari Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan

Hehe arini ada lawatan Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan pada pukul 11. Semalam semua orang di BPM ni berkerjasama untuk memastikan Aras 5,NRE kemas, bersih dan teratur. Setiap ahli zon memastikan tagging kemas, pokok tersusun, bilik, tandas bersih dan wangi.
Korang tau x apa 5 S ni..??

Seiri, Seiton, Seiso, Seiketsu dan Shitsuke adalah perkataan Jepun yang membawa maksud Sisih, Susun, Sapu, Seragam dan Sentiasa Praktik ini diringkaskan menjadi 5S agar ia lebih mudah disebut dan seringkas penggunaannya.

Konsep 5S mula diperkenal di negara Jepun pada awal tahun 1980an. Tujuannya menjadikan tempat kerja selesa dan kemas. Amalan 5S juga merupakan teknik yang paling berkesan bagi mewujudkan budaya peningkatan secara berterusan atau dikenali sebagai ‘Kaizen’ dalam Bahasa Jepun.Aku diletakkan dalam Group Seashell dan dipertangunggjawab menjaga Bilik Perbincangan 1 bersama dengan Kak Endah. weehee..hurm setiap orang digalakkan membawa satu pokok untuk diletakkan di meja masing..aku selamat pow pokok keladi kt umah mama mertua..hehe..Untuk menyahut Saranan Go Green..bertepatan dengan Majikanku Kementerian Sumber Asli & Alam Sekitar..

diorg yang lain siap ada jaga ikan guppy comel2 letak dalam balang kaca..siap ikan2 guppy dah bertelur dan hasilkan anak yang terkodek2 kecil comei jer..hasil berkasih sayang antara ikan guppy jantan n betina..Ikan emas aku(tina tini) dah selamat bg kat jiran( kak siah yang sgt2 amik berat psl aku) masa nak pindah dtg cni..skali ngn mesin oksigen + akuarium.