Wednesday, April 13, 2011

Anda Betul2 Berani??Satu Idea Bernas = RM1000? wahhh

Kepada yang berani untuk menyahut Cabaran PEMUDAH: RM1 juta untuk 1000 Idea (Musim Kedua) sila layari website PEMUDAH disini http://www.pemudah.gov.my/.


Terbuka kepada semua Warganegara Malaysia..Tarikh tutup penyertaan ialah pada 30 April 2011.


Mudah jer..masuk website dan isi borang yang disediakan tekan butang Hantar..taraa siapp..


Mungkinkah anda orang yang bertuah menerima RM1000??

Kurus ke Gemuk ke best??

Aku lampirkan gambar aku masa UTeM dulu..


Masa Practical kat OAS, Bandar Baru Bangi


Final year, UTeM 2006

ini masa MAHA 2008 dah naik 13kg

sebabnya mesti ramai kwn2 MADA dan NRE xpercaya aku pnah KURUS hahaha jaw kwn matrix tentunya itu dulu..skarang GEMUK la maksud..kata hubby nnti kita g jogging kat tasik cempaka n cycling kat Taman Cabaran, Presint 5 n men badminton n g gym tapi dia asyik tdo jer cemana ni???xde semangat la cmnii...

di tambah pulak ayat yg slalu kuar dr hubby "yang nnti yang masak spagheti la..piza la..laksa la..bee suka karipap ikan yang buat bagi pedas skit ek..mlm ni muk masak nasik dgn daging black paper eh..bla..bla.."..dah tentu la membuak2 jer lemak aku bertempek2 di badan aku..xpe aku nak tagih janji kak ipar aku nak ajak g aerobic..yea..yea..


Ada juga staf BPM ajak aku g gym NRE..diorg ni rajin g gym n futsal..nanti aku pk2 kan sbb belum mesra alam lagi ngn diorg seganla..
 
 

 Terkini bulat ajer..aset pun bertambah2 sihat..hohoh

Farewell Party untuk aku...waaaa


Terima kasih kepada semua yang mengadakan Farewell Party kat aku di Pizza Hut, Jalan Putra pada 17 Mac 2011. Terharu..


 Tudung purple - Aimi Shafah



Adib pun join jugak..pandai posing la ini budak..

 Zahiah, kinah dan azilawati

Asfa, Liza (terima kasih jadi pendengar setia aku) dan kak zai..


Ila, Kak lin dan syeeda(tahniah, selamat jadi tunangan orang).

Korang mmg kawan yang best sangat2..harap2 dapat jumpa lagi..aku nak mintak maaf jika ada terkasar bahasa ye..

Rutin setiap hari mesti call ext 312 hehe dan 240 huhu....rindu la nak g makan kat Pak tat ngn hgpa..

Tuesday, April 12, 2011

Bangau Oh Bangau

Setiap hari mesti terima Mutiara Kata sebagai nasihat dan peringatan kepada Warga NRE melalui email..terima kasih kepada SUB Bah Pentadbiran dan Kewangan, NRE.

So aku nak share la Mutiara Kata Hari Ini :

“JANGAN AMALKAN BUDAYA “BANGAU OH BANGAU” YANG ASYIK MENYALAHKAN ORANG LAIN”

Bangau oh bangau, kenapa engkau kurus?
Macam mana aku tak kurus, ikan tak mahu timbul.
Ikan oh ikan kenapa tak mahu timbul?
Macam mana aku nak timbul, rumput panjang sangat.
Rumput oh rumput, kenapa panjang sangat?
Macam mana aku tak panjang, kerbau tak makan aku.
Kerbau oh kerbau, kenapa tak makan rumput?
Macam mana aku nak makan, perut aku sakit.
Perut oh perut, kenapa engkau sakit?
Macam mana aku tak sakit, makan nasi mentah.


Nasi oh nasi, mengapa engkau mentah?
Macam mana aku tak mentah, kayu api basah.
Kayu oh kayu mengapa engkau basah?

Macam mana aku tak basah, hujan melimpah turun.
Hujan oh hujan, mengapa engkau turun?
Macam mana aku tak turun, katak panggil aku.

Katak oh katak kenapa panggil hujan?
Macam mana aku tak panggil, ular nak makan aku.
Ular oh ular, kenapa nak makan katak?
Macam mana aku tak makan, MEMANG MAKANAN AKU.

Terima kasih kepada Google Image (Untuk gambar)



Monday, April 11, 2011

Kenangan Hujung Minggu Di Alor Setar..

Hehe..ni ada masa terluang yang meruap-ruap jadi aku nak mengimbau kembali kenangan masa aku keje kat MADA n aktiviti hujung minggu..

Sedikit pasal penginapan aku semasa di sana : aku pernah menyewa 2 buah rumah iaitu di Taman Mergong Indah, Mergong dan Taman Seri Marina, Kuala Kedah. Sepanjang aku keje di Alor Setar, hubby akan turun Kedah seminggu sekali atau 2 miggu sekali mengenangkan aku menyewa sorang2 di Kedah itu pun sempat nengok hubby busuk ari sabtu jer dia sebab ari Ahad aku kerja..malam Ahad dia dah chow cendul balik bangi..

Menjadi rutin pagi sabtu seawal 5.30 pagi amik dia di Shahab Perdana(stesen bas) kekadang amik dia kt Airport Kepala Batas itupun kalau dapat ticket Air Asia murah..pas2 balik umah breakfast, slalu gak kitorg g mancing kat tandop MADA yang mempunyai pemandangan yang indah itu..walaupun ada gak rakan sekerja MADA cakap ada buaya n ular sawa masa diorg berlatih perahu panjang..tapi kami redah kan jua..huhu


Berbekalkan ikan seluang (sebab hubby xberani nak pegang cengkerik, cacing xde jual, orang Kedah slalu carik sendiri) kami jadikan umpan.


Memang layan, pernah kitorang dapat ikan belida besar 2 ekor dan 1 ekor ikan limbat..aku terlepas sekor ikan belida..huhu..salah sentap masa tu..tapi sekarang aku dah otai..hehe(perasan)..terkejut gak hubby tgk aku baling..cm ala terer konon2nya..kuang2..






Atas tu hasil tangkapan ikan belida, limbat n hubby dalam kegembiraan.
Tapi bila dah dapat kitorang bawak idup2 ikan itu tapi nak bagi mati xberani last2 kitorang masukkan dalam peti ais..huhuhu

Hasil tangkapan kami ari2 menjadi hidangan malam kitorang taraaa tomyam ikan belida...


Mungkin orang lain cakap mancing ni bosan, tapi bagi aku tenang n menjimatkan duit disamping leh menghabiskan masa dengan hubby..XPERCAYA cuba lahh..



Cerita 22hari..

Ari ni genap 22 hari aku bertukar ke BPM,NRE Putrajaya. Aku bersyukur permohonan dan doa dimakbulkan Allah s.w.t untuk menetap bersama dengan hubby walaupun kami dah tinggal berjauhan selama 2 tahun 5 bulan..aku berdoa agar perkahwinan kami berkekalan sehingga ke akhir hayat..

hurm gaduh kecik2 tu biasala..tp kdg2 bila igt blk cm tak logik jer benda nak digaduhkan haha..contohnya pasal dia bangun lambat jadi terlambat pg aerobik kt tasik cempaka last2 aku sempat satu step jer..aku majuk sampai nangis2 wat muncung2 jebek2 kata hubby nganjing2 aku plak pas2..bila dh jebek baru la dia nk pulun mtk maaf..tula la lelaki ni ego, kalau kwn2 dia yg ajak lepak 3,4 jam pn xpe..kecik ati tau dh la jauh ngn mak n abah kt kedah..

Ni barulah aku dapat merasa hidup normal berkahwin cm orang lain, penat memanglah mengadap kerenah hubby lagi pagi nk breakfast n nak dinner nasik malam.tapi aku enjoy dapat jaga makan n pakai hubby walaupn terpaksa bangun awal nak prepare breakfast n balik petang nak masak lauk untuk dinner. Tapi bak kata orang biasalah perkahwinan memang perlukan pengorbanan dan pengorbanan itulah yang akan diberi pahala jika dikerjakan dengan ikhlas..huhu..tapi kalau penat kita bebel jugak kan? Hehehe

Mau tak nya pagi2 la paling cabaran sekali nak mengejutkan hubby yang cukup payah bangun tambah2 waktu ari cuti adeh..xpenah la aku kejut skali terus bangun mesti 5 minit, 10 minit dulu la yang keluar dari mulut dia spontan paling tak logik 2 minit..hampes sungguh. Dah tu klu dah lambat siap mula la nak bawak keta cm ribut, mula la nak wat drag keta myvi aku yang standard je tuh..hehe teringat tgk Drag F1 kt Putrajaya, besh2 layan ngn hubby n biras aku sampai kul 1 pagi. Hubby mmg minat benda2 cm2 aku pun suka layan. Yang aku paling xpaam, semua version keta dia hapal dah cm CarWiki lak..minat yang terlangsung hehe

Bila pk2 balik berbeza ngn kehidupan aku masa duduk di Alor Setar dulu kerja di MADA, menyewa sorang2 slalu jugak ditemani BFF aku Hasni. Aktiviti kitorg g tesco makan2 esp mee jamal(sedap2) n window shopping kadang-kadang terpengaruh gak ngn Elianto(best parfume yang warna biru hg beli tu,sejak aku dok putrajaya aku dah xleh bau dah pagi2), seluar baju n kasut..kata pn pompuan..


Hasni orang yang memang aku sayang sangat, BFF dari Sekolah Menengah Kebangsaan Ibrahim, Sungai Petani sampai sekarang kitorg masih baik..dah 13 tahun cm2 kot..dia sedih gak aku nak pindah siap cakap “Sampai hati pilih duduk ngan suami yang baru kenal 4 tahun berbanding dia”..hehe dah cm aku plak yang bercinta ngn Hasni. Untuk Hasni aku doakan seorang lelaki yang baik,memahami dan menyayangi hang sepenuh hati akan mumcul jugak satu hari nanti..entah2 yang tak nak komitmen tu kot..AMINNN..

Nanti aku balik kedah kita lepak na…



Mutiara kata untuk semua

“SEGALA-GALANYA MEMERLUKAN WANG, TAPI WANG ‎BUKANLAH SEGALA-GALANYA KERANA:





Dengan wang anda hanya boleh membeli tilam yang tebal, belum tentu kenyenyakan tidur;
Dengan wang anda hanya boleh membeli buku, belum tentu kebijaksanaan;
Dengan wang anda hanya boleh membeli makanan, belum tentu kepuasan selera;
Dengan wang anda hanya boleh membeli ubat, belum tentu kesihatan;
Dengan wang anda hanya boleh membeli rumah, belum tentu kekeluargaan;
Dengan wang anda hanya boleh membeli tubuh badan, belum tentu cinta;
Dengan wang anda hanya boleh membeli perhiasan, belum tentu kecantikan;
Dengan wang anda hanya boleh membeli pangkat, belum tentu kehormatan;
Dengan wang anda hanya boleh membeli hiburan, belum tentu kegembiraan;
Dengan wang anda hanya boleh membeli harta, belum tentu kebahagiaan;
Dengan wang anda hanya boleh membeli populariti; belum tentu kaliber;dan
Dengan wang anda hanya boleh membeli kekuasaan, belum tentu kebenaran.

‎OLEH ITU JANGANLAH SAMPAI KE AKHIR HAYAT KITA ASYIK MENCARI WANG”.


Tuesday, March 29, 2011

Kejadian di Ulu Bernam..

Masa ni aku ondaway nak pergi MOA untuk menghadiri meeting dengan En Shapari bersama dengan En Mat Desa(driver).. betul2 lepas RnR Ulu Bernam tetiba cermin Pajero retak seribu sebab terkena batu..ditambahkan pulak pada masa itu hujan renyai..En Mat Desa drive jugak perlahan2 dengan 40 km/j sehingga sampai KL untuk tukar cermin..



Gambar atas En Shapari dan cermin retak ribu2 lemon..aku dr belakang amik gambor.. :)