Thursday, April 14, 2011

Semenggoh Wild Life Centre Orang Utan..

Sebelum bertolak ke Semenggoh Wildlife Orang Utan.. kita bekpes dulu



 

Konon2 aku  makan buah n laksa sarawak jer..padahal dah  bantai mee goreng n nasik lemak  dl pun..hehe..masa bekpes ni aku mcm pelik tgk sorg minah omputih ni makan mihun gaul2  siap ada taugeh ngn ayam carik2 dia gaul2..rupanya2 dia mkn laksa sarawak tapi xletak kuah..huhu..dia xtau mungkin dia igt tu salad sarawak kot..kehkeh.keh..



amik gambar ngn geng ke bro..huhu



terer giler..sesikat pisang kat kaki..rileks jer gayut..klu nak datang sini nak tgk orang utan makan kena datang awal pagi..waktu bagi makan..

Richie..paling besar..kira otai la kt cni..

tempat bagi makan orang utan..

Video Ritchie tengah makan, ramai orang berkerumun di pelantar yang disediakan untuk tgk dia makan..


Peringatan yer..

Kawasan xboleh merokok yer..hehe..xleh sebab takut orang utan kang teringin lak..jenuh penjaga kena supply rokok tiap2 hari..keh..keh.aku pn xtau sbb apa..
Setiap orang utan ada nama diberikan, tgkla nama glamer lak tu..

yang xtahan nama selina pn ada..huahua..

ni nama malaysia skit..

 hehe..annaku pn ada..posing siap nampak tut lagik..


hehe..minah oii..

Delima Hot Mama tu..




babai dah nak balikk




Waterfront Kuching..

Tempat yang wajib dikunjungi WaterFront Kuching, ada deretan kedai yang jual kraftangan, makanan kering/kuih, kek lapis sarawak..Aku borong, baju kemeja untuk abah dan abah mertua, kain pua kumbu + kayu ukir untuk gantung, sarung pen(untuk souvenir kt opis), magnet peti ais, macam2 la..dh xigt..macam2 ada jual kat cini memang rambang mata..


Gambir pun ada jual hehe..untuk Bertahan Lama..apa yang lama? jangan buat2 xpaam plak..aku tgk ramai gak yang berenti beli..Terima kasih En Google Image untuk gambar Gambir kat bwh ni..

  

Sarawak Cruise

 Waterfront, Kuching

Kuih/kerepek glamer kat atas tu adalah kuih tabaloi yang diperbuat daripada sago dan kelapa..rangup, lemak dan manis rasa kuih ni..
 
Malam naik sampan/tambang untuk cross Sungai Sarawak dari waterfront ke Kampung Boyan(ada medan selera). Tambang RM0.50 sen jer murah sangat sian tgk pakcik yang kayuh pakai tangan tu dah la tua so aku bagi lagi RM2..yela bayangkan ada 6 orang lelaki dan 1 orang pompuan(pun berat jugak..hehe) yang perkasa dalam sampan tu..tapi ngeri gak nak naik sebab dgr kata orang sungai ni ada buaya klu dia ngap orang satu sampan ni mau..setahun xyah makan..tdo jer..hehe


pengalaman menarik masa nak naik sampan ni ada brother ni comel skit jadi dia mesti jd org terakhir naik klu x memang senget la sampan tu..hehe..cuak jugak bergoyang2..klu jatuh dalam sungai ni..memang buaya kat bwh bertafakur 'rezeki2 datang bergolek' hehe..


 Medan Selera Kampung Boyan, belakang ni  Kek Dayang Salhah..

Boleh pilih makanan Sarawak yang nak dimakan,aku apa lagi aku try nasi ayam penyet la plak kt cni..memang sedap..makan byk kali pn xbosan..hubby makan laksa sarawak..




Pemandangan Waterfront di ambil daripada Medan Selera..




Siap ada orang mancing lagi..jgn dapat buaya dah..tdo ke mancing bang??hehe



Pas makan kitorang layan Pre-Rainforest Musical Fairs, kat WaterFront

 Hari pertama layan ...memang best dan menenangkan..






Terer giler..dia main sape' alat muzik tradisional Sarawak dari belakang jer..

antara video ang sempat aku rekod..Tarian Ngajat, suku kaum Iban..


Mamat Rusia yang cuba Tarian Ngajat..hehe lawak2..






bergambar dengan penari Ngajat  skit..

Dah penat balik tdo..esoknya nak pg tgk Orang Utan kt Semenggoh..

Miau2 (Kuching Sarawak) - 6 - 9 Julai 2010

Sempena pilihan raya Sarawak (Sayang Sarawak) ni aku pun nak citer n kongsi pengalaman pg ke Kuching tahun lepas..Bertolak dari Airport Kota Kinabalu ke miau2(Kuching,Sarawak)..


Dah Sampai..signboard berdekatan Waterfront, Kuching..kitorang pilih untuk menginap di The Lime Tree Hotel kat Jalan Abell. Aku sangat recommend hotel ni..best..Hotel ni bau segar, aircond sedap, bilik selesa dan luas, wifi pn laju..sabun dan shower gel limau memang dibuat sendiri oleh perusahaan owner hotel ni..owner hotel ni ada ladang limau sendiri..untuk maklumat lanjut tgk kt web hotel ni The Lime Tree Hotel .





Juga disediakan maklumat pasal limau dan siap ada resepi lagi di gantung kat dalam lift..snap2..

Lepas check in hotel, kitorang keluar makan..sorula..perut dah main lagu klasik nasional dah..cuba kali pertama mmg sedap Nasi Ayam Penyet..sedap..kitorang sewa kereta kelisa untuk jalan2..cuma RM100 jer satu hari..

Terus g ke pasar satok beli ikan terubuk masin, ada banyak pilihan nak kecik ke besar ke leh la pilij..pas2 diorang akan tolong bungkus kemas2 dalam kotak..yela klu x bungkus kemas mau pening orang satu flight nanti..Kat sini juga ada jual sayur2, hasilan laut jadi aku beli perencah Kuah Laksa Sarawak dan Udang Kering..xyah risau cemana nak masak kat dalam tu siap ada resepi..


Berbekalkan Garmin GPS hs aku kitorang nak g ke Kek Lapis Dayang Salhah, Kampung Boyan, seberang Sungai Sarawak.. kitorang melalui satu tol ni siap ada keputusan perlawan bola FIFA 2010 lagi dilekatkan kat tiang tol..hehe


 Entrance Kek Lapis Dayang Salhah, memang ramai orang datang nak beli kek..macam2 ada..

Haa..part ni paling best..aku n hubby memang cukup suka bab2 rasa merasa ni..xlepas peluang..kat kedai ni plak hidang macam raya la plak..apa lagik ngap2..aku paling suka Kek Lapis Hati Pari dan Cheese. Rasa coklat dan cheese dia memang terbaikk..rasa xnak balik melekat kt cni..Tapi kalau mak aku ada ni mesti dia ckp cmni "yang ni manis, yang tu manis..memang la sedap tapi kena potong kaki kot.."..hehe tapi tgn dia mesti gapai n mulut ngap jugak..


Haaa bersusun2..tinggal nak pilih dan sedia duit jer..pekerja kedai akan siap bungkuskan dalam kotak..senang nak bawak..Kek Lapis yang perasa macam2 cuma RM10, klu yang special dalam peti ais tu macam Hati Pari ke Cheese ke berharga RM20-22 camtu la..tapi memang puas hati...aku pun borong la..baik beli jer xdapek la nak buat sebab orang kedai tu cakap proses nak buat makan 3-4 jam..yela bak berlayer2kan..

Petang kitorang singgah makan..air kat atas tu nama dia Teh C..sebab orang cakap mesti try air ni klu datang Sarawak..komen aku Sedap lemak2 manis..3 layer tu terjadi daripada lapisan gula melaka, susu cair, teh pekat..

Mee Pok Daging Goreng..

Mee Kolok Sup Daging..wajib rasa ni klu datang Sarawak..memang sedap..


Grace Point, Sembulan Kota Kinabalu..

Lepak2 dengan azurt dan ben kat Grace Point..



Tugu Peringatan Double Six - Nak tau ke kenapa Double Six??? Tugu ni dibina atas peristiwa besar..konon2nya sejarah dia cmnila penah berlakunya nahas kapal terbang pada 6.6.1976 yang mengorbankan 6 orang pemimpin Sabah. Kapal terbang yang sepatutnya bertolak pada kul 6.00pm diawalkan penerbangan. No 6 dipilih sebab byk kebetulan dengan nombor 6 semasa nahas tu berlaku.





 hokien mee




Azurt tgh peknen masa ni, dia tgh2 peknen pun comel jgk..