Tuesday, June 12, 2012

Model Telekung palingg cun haha rumet2..

Ni ha rumet aku kt opis kak fiza senget yg sempat posing mautt sebelum nk semayang...

Biskut Keping ada jgk versi kepala kera


Ni ha biskut oldskool yg dolu2 arwah tok dok layan..pekena ngn kopi O terbaekkkkk....feel..

Kalau yang bulat2..tu aku pgl biskut kepala kera...

Projek Hantaran Tunang Adek Deja yang manis

Adik Deja (kwn matrix penang haku) bertunang so, aku wat kan hantaran ada 5 bekas (buah dlm balang kaca), kain pasang dalam balang kaca, cincin dan kek) ala tmn tergantung babylon gitew..4 hantaran menggunakan artifical flower n hantaran sireh junjung pakai fresh flower..aku charge murah2 jek..


Tarikhnya 2 Jun 2012, bertempat di Semenyih, Selangor

Kul 5.30 pagi aku bangun dok mengubah mencucuk2 bunga rose segar n sireh..hahah zaman study pn x cm2 bgn awai2 utk study..kekekeke

Kasi bakar itu KAMBING...

hehe...lama siot xhapdet blog..

ri2 hubby ajak jomla pekena kambeng..dia hajak g beli kt PERFECT, Saujana Impian, Kajang.
3 keping RM21.00. Sebelum tu dh siap2 beli fries utk goreng...

Balik kasi panas pan..api kecik letak pas2 berebut la ngn hubby apa lg..sbb tu gambar yg sebelum bakar jek ado..yg siap bakar dh lam perut xkan nak capture perut boncit hubby kot utk tjk..hehe
AMPUUUUUN...


Itu dia rupawannya..memang sedap..marinate dia superb n mmg menjilat jari gemok I ni..hahahaha...
Memang xnyesal..kedai ni pun diperkenalkan oleh kwn2 hubby yg slalu wat BBQ..mmg diorg kasi hangkat kt sini..

Wednesday, March 21, 2012

Sambal Sotong join Ayam Goreng Rempah untuk Nasi Lemak


Sambal sotong

Bahan-bahan :
1 kg sotong 
3 senduk cili kisar 
1 1/2 biji bawang besar kisar
3 ulas bawang merah (untuk ditumis)
3 ulas bawang putih (untuk ditumis)
2 sudu air asam jawa
2 sudu sos cili
Garam dan gula secukup rasa
Minyak untuk menumis

Cara masak :
1. Panaskan minyak dan tumis bawang merah serta bawang putih hingga harum baunya. 
2. Masukkan cili kisar dan bawang kisar. Masak sehingga pecah minyak.
4. Masukkan air asam jawa, sos cili, garam dan gula secukup rasa. 
5. Masukkan sotong dan masak dalam api sederhana. Sekiranya perlu, tambahkan sedikit air dari rebusan sotong tadi. Tidak perlu dimasak terlalu lama untuk elakkan sotong akan menjadi keras.

Sedia dihidang.

Ayam Goreng Berempah

Bahan-bahan A:
5 batang serai
3 inci halia
1 biji bawang besar
2 sb kari daging
1 sk jintan manis
1 sk ketumbar 
1 sk serbuk cili
garam 
** Semuanya di blend

Bahan-bahan B:
1/2 ekor ayam
1 sb serbuk pati ayam
2 sb tepung jagung
1 sb tepung beras
1 sk kunyit
daun kari

Cara-cara:
1. Masukkan bahan A dan B ke dalam bekas. Kacau dan sebatikan
2. Perap selama 1 jam (lebih lama lebih sedap)
3. Goreng hingga ayam masak dalam minyak yang banyak dan api yang perlahan.

Friday, March 9, 2012

Daging Goreng Kunyit Feveret Adik Aku


Bahan2

1/2 kg daging
1 batang karot potong nipis
1 biji kentang potong nipis
2 biji bawang besar potong bulat2
4 biji cili padi hijau
1 sudu kecil kunyit
1 sudu kicap manis
1 batang serai
 2 ulas bawang merah dan 2 ulas bawang putih dimayang
1 tangkai daun kari
5 cawan air / secukupnya
garam

Cara2

1. Potong daging nipis - nipis basuh dan toskan
2. Tumis bawang merah dan putih bersama serai
3. masukkan daging, air dan kunyit.
4. Rebus daging sehingga empuk dan masukkan kentang dan karot.
5. Apabila kering minyak dah naik masukkan bawang besar, daun kari, cili padi, kicap dan garam.
6. Goreng sehingga garing dan angkat untuk dihidangkan.


Sunday, February 12, 2012

Kari Udang dan Kacang Buncis



Kari Udang dan Kacang Buncis
Bahan-bahan ( 4 org )

·        1/2kg udang (15 ekor)
 1  cawan santan
 1 paket serbuk kari daging
 6 urat kcg buncis(potong kecil)
 Kentang 2 bj (4 belah)
2 ulas bwg putih*
1 ulas bawang besar*
1 inci halia*(kisar)
1 s/b cili boh 
2 tangkai daun kari
1 kuntum bunga lawang
1 btg kulit kayu manis (yg pendek je)
garam, gula

Cara-cara

1. Tumis bahan kisar, daun kari,bunga lawang dan kulit kayu manis sampai naik bau dan kekuningan.
2. Masukkan cili boh dan rempah kari yg dibancuh dgn sedikit air terlebih dahulu.
3. Kacau sehingga pecah minyak/rempah betul2 masak, garing.
4. Masukkan santan dan ubi kentang
5. Apabila ubi  hampir empuk, masukkan udang, kacang panjang serta bahan perasa.
6. Masak selama 5 minit dan sedia dihidang.

Saturday, January 7, 2012

Kari ikan merah dan ketam goreng kunyit...untuk mak dan abah

Mak dan abah datang rumah jadi aku sebagai chef tetap abah dan mak aku....
aku masakkan kari ikan merah dan ketam goreng kunyit tadaaa....