Friday, March 9, 2012

Daging Goreng Kunyit Feveret Adik Aku


Bahan2

1/2 kg daging
1 batang karot potong nipis
1 biji kentang potong nipis
2 biji bawang besar potong bulat2
4 biji cili padi hijau
1 sudu kecil kunyit
1 sudu kicap manis
1 batang serai
 2 ulas bawang merah dan 2 ulas bawang putih dimayang
1 tangkai daun kari
5 cawan air / secukupnya
garam

Cara2

1. Potong daging nipis - nipis basuh dan toskan
2. Tumis bawang merah dan putih bersama serai
3. masukkan daging, air dan kunyit.
4. Rebus daging sehingga empuk dan masukkan kentang dan karot.
5. Apabila kering minyak dah naik masukkan bawang besar, daun kari, cili padi, kicap dan garam.
6. Goreng sehingga garing dan angkat untuk dihidangkan.


Sunday, February 12, 2012

Kari Udang dan Kacang Buncis



Kari Udang dan Kacang Buncis
Bahan-bahan ( 4 org )

·        1/2kg udang (15 ekor)
 1  cawan santan
 1 paket serbuk kari daging
 6 urat kcg buncis(potong kecil)
 Kentang 2 bj (4 belah)
2 ulas bwg putih*
1 ulas bawang besar*
1 inci halia*(kisar)
1 s/b cili boh 
2 tangkai daun kari
1 kuntum bunga lawang
1 btg kulit kayu manis (yg pendek je)
garam, gula

Cara-cara

1. Tumis bahan kisar, daun kari,bunga lawang dan kulit kayu manis sampai naik bau dan kekuningan.
2. Masukkan cili boh dan rempah kari yg dibancuh dgn sedikit air terlebih dahulu.
3. Kacau sehingga pecah minyak/rempah betul2 masak, garing.
4. Masukkan santan dan ubi kentang
5. Apabila ubi  hampir empuk, masukkan udang, kacang panjang serta bahan perasa.
6. Masak selama 5 minit dan sedia dihidang.

Saturday, January 7, 2012

Kari ikan merah dan ketam goreng kunyit...untuk mak dan abah

Mak dan abah datang rumah jadi aku sebagai chef tetap abah dan mak aku....
aku masakkan kari ikan merah dan ketam goreng kunyit tadaaa....




Wednesday, December 14, 2011

Menu Diet husband turut sama terlibat dalam program hahaha

Terima kasih kepada Puan CT hanizah n Kak bina kerana memberi semangat..tapi klu berjaya kena blanje ye..


Ni di bikin untuk makan pagi tadi..tabah ye sally..

Nanti klu KPI xcapai sifu rotan...waaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa

Roti dari Kedai 1 Malaysia (KR1M) KPDNKK, Presint 2

Kedai 1 Malaysia (KR1M) KPDNKK, Presint 2,Putrajaya

Semalam masa balik kerja terigt nk g singgah KR1M yang diwar2kan..

Siap ada kelibat budak bucuk baju belang tu..

Ni ruang mkn n minum disediakan..kot nak minum air pn ada jual (nescafe panas n jus buah)

Aku try beli roti sandwich seperti gambar untuk mkn ngn bubur durian..
Bawak bubur tu ke rumah mama untuk sama2 makan..semua yg makan roti tu ckp mabeles lembut..
Jadi boleh beli lagi roti 1 Malaysia tu..RM2.35 je yg panjang..

Bubur tu dibikin dari durian yang diberi oleh fuad..terima kasih fuad nnti bagi lagi ek..eee xmalunya sally..



Cucur Udang Kepai (Udang Geragau) dibikin oleh saya..

Cucur Udang Kepai (Udang Geragau) dibikin oleh saya..


Senang aje tepung gandum  + udang + bawang(hiris nipis) + garam + air 
Bancuh n goreng tada...begini rupanya ye..

Monday, December 5, 2011

Terliur x??? Kuah rojak MAK BEE..

Taman Tamadun Islam bersama Nuown dan Nad

Waktu rehat petang masa pergi Bengkel NRE Intelligent Hub..sempatla berjumpa ngn Nuown(kawan SMKI)..Nuown bwk g TTI.. + beli keropok lekor +keropok kering..tq nuown..