Wednesday, March 2, 2011

Perjalanan balik dari CH..

Lepas habis layan BRS..kitorg pun bergerak pulang. Disepanjang jalan mmg ada bermacam2 Rose Villa, Cactus Villa, Strawbery Corner,  Bees Farm dan Kedai jual souvenir.

Kitorg singgah dekat cni..Strawbery Corner..


Souvenir

Ada jual pastri..hehe..slrrpp..

Menarik bukan????








Belek lagi..belek lagi..kat cni ada jugak dijual jem dan aikrim..



aku xbeli bunga pun tengok jer..

 Bees Farm

 Besar sarang lebah kat atas..klu kena sengat memang terus pergiii...
kot..


Part ni paling best, time ni la nak buat2 rasa madu yang macam2 jenis..bab berlakon rasa mmg aku terer..mula2 igt nak singgah rasa jer..last2 beli jugak sebotol..

Kitorang bertolak balik dalam kul 5.00 petang, dalam perjalanan leh nampak orang asli CH jual rebung dan madu di sepanjang jalan dalam pondok kecil yang diorg dirikan dari nipah dan buluh.

Big Red Strawbery Brinchang Cameron Highlands

Ha..pagi2 nak mandi rasa malas giler..satu sebab sejuk malas nak bangun dari katil dan satu lagi nak mandi, air sejuk cam ais batu..hubby awal2 lagi dh cup water heater..pas2 siap2 packing cargas bekpes..

Lepas jer bekpes, aku n hubby pg ke Big Red Strawbery, jalan nak ke cini mencabar juga sebab BRS ni ada di atas bukit..hubby bwk keta sampai atas dan parking kat atas..klu parking kt bawah alamatnya terkeluar la tempurung lutut aku..sampai2 jer terus pengsan..hahah



Besar kan kaktus dan orang tu..



Strambery bergayut-gayutan..

Hehe..cheese cake strawbery dan aiskrim strawbery...yummiiiee..


Ada kafe jual menda2 sedap cm aku makan kt atas tu, ada jugak jual strawbery dan souvenir kt dalam tu..


hehe beli cekelat strawbery plak..

Nak ke bee..?? Gaya jer lebih..yang masak Chef Sally jugak..


Ha amik periuk kera gergasi..



Pasar Malam Brinchang..

Weehoo..Sebelum balik bilik sebab hujan renyai2 tadi dan suhu di Cameron sejuk..kitorg berenti makan Steamboat perisa tomyam dulu kat Restoran Emida kat Medan Selera Tanah Rata, sorang RM15.00.. kitorg 2 orang baru RM30..rasa pun ok2..


Pasar malam Brinchang..ada jual macam2..strawbery, sayur-sayuran, keledek madu, jagung, souvenir, teh,jeruk dan makanan. Kat cni aku cuba beli keledek madu kulit warna purple camtu yang siap rebus, rasa sedap dan manis2..aku beli jugak yang belum rebus. Apa lagi beli teh tarik strawbery, teh campur cappucino, payung strawbery(dipesan sepupu),jeruk dan strawbery yang besar2 sepeket RM8 memang manis dan sedap.



Strawbery aku beli 3 peket jeruk 4 peket untuk bwk balik kepada mak dan mak mertua jugak..



habis pusing2 pasar malam, balik bilik nak kroihh2..Esok nak pergi Big Red Strawbery sebelum balik..

sebelum tdo aku n hubby belasah dulu dua peket strawbery..sepeket lagi simpan..

Manis..



Cameron Highland - Taman Agro Teknologi MARDI

Setelah mengadap 3 jam setengah dari SP sampai jugak aku n hubby ke CH, hehe first time ni..tapi siap jam lagi..dahla minyak dok berkelip2..sbb susah nak jmpa stesen minyak..aku dah cemas sementara tgu sampai brinchang untuk isi minyak..lepas dan jmpa stesen minyak fuhh lega..

aku plak xpnah dtg CH sblm ni..masa sampai hujan dah renyai..Hubby cm malas2 nak dtg sebenarnya sbb dia pnah dtg n dia ckp tgk bunga pastu strawbery tu jer..asik2 tu jer mana ada apa..sbb tgk aku berkobar2 nk pg jd hubby pn layan kan la...nampak sgt ayat aku manis + layanan pun kena tip top..hehe..

Ondaway tu kitorg nampak Bharat Tea Plantation, apalagi cm menarik tgk bas2 dan keta byk brenti kt c2..


 Pokok - pokok teh yang menghijau..wahhhhh


Ada kedai jual teh macam2 jenis..perasa strawbery,oren, anggur,lemon, green tea..aku beli semua jenis sebab nak try..wangi sedap dan chille..
Selain teh kedai ni ada gak jual souvenir lain mcm payung, strawbery, bantal strawbery, jem dan coklat strawbery..tp kt Brinchang dan Tanah Rata pun ada jual macam gak..




Kat atas pemandangan pekan Brinchang..

Pastu kitorg terus ke hotel.Lepas check in hotel, kitorg gerak khas ke Taman Agroteknologi  MARDI di tanah rata..ondaway nampak kedai sourvenir cm kt bawah ni..


Taman Agroteknologi MARDI

 Banyak buah strawbery yang masak dah dipetik dan dijual, kitorg nak beli dh sold out..

Sikit maklumat pasal Strawbery







Pokok kt belakang tu cm pokok dalam salji jer..huhu

Ros pink

Pokok xtau name..mueheh..yang pokok besar baju petak2 tu nama BILLY..hehe

Pokok ni semacam jer kan..pokok letup2 kot..


Carnation

 Kaktus

Kat cini ada jual pokok bunga, macam2 ada, bijih benih pun ada..aku beli pokok ros dan biji benih tomato untuk abah.


Pokok pear..banyak kan..krauupp..kraupp..


Tomato disini  besor2..

 Cili padi merah leh jadi pokok hiasan..

Besar buah kundur tu??halamak...

Jom balik penat lahh jalan..nak rehat malam nak jalan2 pasar malam..nak beli ini itu..sok..sek..