Saturday, July 6, 2013

Jejak langkah anak kecil ini

Adakah anak kecil ini akan mengikut jejak langkah ibunya yg mencari rezeki sebagai pendayung sampan Sungai Mekong..



insaf bila diri ini melawat negara lain yang lebih sukar kehidupan rakyatnya..syukur datang tetiba....

Sob.. sob..


Sumber Rezeki??..Sungai Mekong

RM40 gaji sebulan untuk seorang pendayung sampan di Sungai Mekong, Vietnam..nape xpcaye??


Diabadikan semasa melawati Ho Chi Minh, Vietnam Jun 2013

Perit jerih mencari sumber rezeki untuk keluarga..


Friday, July 5, 2013

Masalah saiz selipar???

Nah... pilih - pilih..


Di abadikan di Terowong Chu Chi, Vietnam Jun 2013

Kreatif..hasil dari kayu


Diabadikan di Sungai Mekong, Vietnam Jun 2013

Saturday, June 15, 2013

Udang Goreng Butter/Buttered Prawn

Untuk makan tenggah hari arini selain daripada Ikan Siakap Sweet Sour...tada...Udang Goreng Mentega / Butter Prawn...sedap wajib cuba resepi kat bawah ni...


Udang Goreng Butter/Buttered Prawn 

Oleh: Azie Kitchen

Sarang Telur:
2 biji kuning telur
1 senduk butter/margerin
1 cawan minyak masak

Pukul ringan kuning telur. 
Panaskan butter/margerin bersama minyak masak. Sebaiknya gunakan senduk bulat. Bila minyak dalam kuali sudah betul betul panas, pusing pusingkan minyak dengan senduk tu laju laju membentuk bulatan sehala tanpa henti.

Kemudian tuangkan kuning telur tadi, tuang tinggi sikit supaya telur jatuh ke dalam kuali tu halusss jer. Teruskan pusing minyak tu laju laju dan tuang hingga habis. Pusing terus senduk tu sehingga telur tu masak berwarna keemasan. 

Udang:
12 ekor udang 
Sedikit garam
Sedikit lada sulah
Minyak untuk menggoreng 
3 ulas bawang putih - dicincang
6-8 tangkai cili padi - dihiris
5 tangkai daun kari
1/4 cawan susu cair/susu segar
Sedikit butter/margerin untuk menumis
Sedikit serbuk lada hitam/putih - jika suka
Garam secukup rasa

Mula mula goreng dulu udang yang digaul dengan sedikit garam dan lada sulah sehingga agak berubah warna dan masak. Jangan goreng terlalu lama sangat nanti udang akan mengecut, tak cantik dan agak keras bila dimakan. Angkat dan toskan minyaknya. Keluarkan minyak tu dari kuali, tak nak guna lagi.
Panaskan butter/margerin di dalam kuali dan tumis bawang putih, cili padi dan daun kari hingga garing dan naik bau. 

Kemudian masukkan susu cair dan masak sebentar. Masukkan udang yang digoreng tadi, sedikit serbuk lada hitam/putih dan garam secukup rasa. Jangan bubuh banyak sangat garam yer sebab butter atau margarine sudah ada garam.
Setelah semua bahan masak dan mesra, bolehlah dimasukkan ke dalam pinggan hidangan dan taburkan sarang telur/floss yang kita buat tadi. Siapp.. Senang kann

Thursday, June 6, 2013

Kek Red Velvet Cheese (Kek Baldu Keju)



RESEPI KEK RED VELVET MOIST
resepi olahan oleh : hanamemories.blogspot.com

Bahan-bahan
  • *2 cawan tepung kek/superfine
  • *2 sudu besar serbuk koko
  • *1 sudu kecil baking powder
  • *1 sudu kecil soda bicarbonat
  • *1 sudu kecil garam
  • 1 cawan buttermilk - resepi di bawah
  • 1 cawan gula halus
  • 1 sudu besar pewarna merah
  • 1 cawan minyak masak (aku guna 1/2 buttercup yang dicairkan diatas api perlahan)
  • 1/2 cawan air panas - hana tambah 2 sudu besar lagi
  • 2 biji telur A
  • esen vanila

Topping
  • 250g cream cheese @ satu ketul
  • 1/2 cawan whipping cream
  • 1/2 cawan gula - hana letak 1/4cwn+1sb jer
  • 1 sudu besar jus perahan lemon
  • 1 ketul Chedar Cheese di parut kan untuk tabur  -----------------> tambahan barang oleh aku

Cara-cara
  • Sediakan buttermilk - Campurkan 1 cawan  susu segar/susu cair dengan 1 sudu besar cuka apple cider atau cuka putih. Biarkan sebentar lebih kurang 10minit. Boleh juga guna yogurt sukatannya ialah 3/4cawan yogurt plain/original + 1/4 susu segar.
  • Satukan bahan yang bertanda * ke dalam mangkuk. Ketepikan.
  • Mangkuk lain, satukan gula, minyak dan juga telur. Pukul hingga kembang. Masukkan buttermilk, pewarna merah dan esen vanila. Pukul lagi. Masukkan bahan yang telah diayak tadi sedikit demi sedikit sambil putar perlahan hingga semua sebati. Akhir sekali masukkan air panas dan gaul sebati.
  • Lengserkan loyang dengan butter dan tepung, tuang adunan dan bakar 45minit. Kek ini boleh juga dikukus. 
  • Sementara menunggu kek masak, sediakan topping. Putar semua bahan sehingga sebati kemudian sapu pada kek dan taburkan dengan chedar cheese yang diparut dan disejukkan dahulu baru potong dan hidang.

Thursday, May 23, 2013

Resepi Kebab Roti Pita...Kebabomm


Resepi Perapan daging (1jam)

3 keping daging burger
1 sudu besar serbuk kari
1/2 sudu kecil serbuk cili
garam dan gula
2 ulas bawang merah tumbuk lumat
2 ulas bawang putih tumbuk lumat
3 sudu sos tiram
4 sudu sos cili
1 sudu sos black paper


Resepi Inti 

Daging yang perap tadi
separuh batang carrot di potong dadu
separuh timun di potong dadu
1 biji bawang besar di dadu
1 ulas bawang putih racik
1 biji tomato di dadu

1. Tumis bawang besar dan bawang putih hingga naik bau
2. Masukkan daging perap dan grill atas pan sampai masak
3. Masukkan timun dan carrot
4. Angkat inti ke dalam pinggan dan gaul dengan tomato dadu
5. Sumbat inti ke dalam roti pita yang telah digrill dan dilapik salad..letak mayonis dan sos cili dan sedia di makan

Wednesday, May 15, 2013

Resepi Roti Puri/Arab dan Kari Dal Udang







Roti Puri/Arab

Bahan2 ( 10 ke 12 biji )


2 cawan tepung gandum
1 sudu kecil yis mauripan
1/2 sudu kecil garam *
3 sudu makan minyak masak *
2 sudu makan gula *
125ml air panas *
40-50ml air
Minyak utk mengoreng

Cara2


1. Satukan bahan bertanda (*) dan kacau sehingga larut
2. Satukan tepung dan yis .. gaulkan
3. Satukan kedua-dua adunan, dan digaul dengan mgunakn tangan, gaul adunan sehingga menjadi doh dan tak melekat di tangah
4. Tutup bekas adunan dengan kain lembap dan perap doh selama 30minit ..doh akan naik 2-3 kali ganda
5. Bahagikan doh kepada 10-12 bhgian bulat yg kecil dan canai doh nipis nipis.
6. Goreng dengan minyak yan gbetul-betul panas dan angkat bila sudah kekuningan.



Kari Dal Udang 
Bahan-bahan
2 sudu besar kacang dal (direndam dulu 15 minit dan direbus sehingga empuk)
1 ulas bawang merah dimayang
1 ulas bawang putih dimayang
1 biji bwang besar ditumbuk halus
1 cm halia di potong nipis
1 tangkai daun kari
2 kuntum bunga lawang, 1batang kayu manis, 2 biji bunga cengkih(rempah tumis)
1 paket rempah kari daging Babas
1 biji kentang dibelah 4 dan 1batang karot potong panjang2
15 ekor udang segar
setengan cawan santan
garam


Caranya:

1. Tumis bawang merah, bawang putih dan halia.
2. Bila dah garing, masukkan rempah tumis dan daun kari.
3. Masukkan rempah kari, kacau rata, masukkan setengah cawan air.
4. Bila dah naik minyak/garing, masukkan kentang yang telah      dipotong tadi.
5. Masukkan santan dan kacang dal.
6. Masak kentang hingga empuk dan masukkan karot.
7. Bila dah mendidih, baru masukkan udang tadi dan garam. Kacau rata.
 Biarkan masak 5 ke 10 minit dan sedia diangkat.