Wednesday, December 14, 2011

Menu Diet husband turut sama terlibat dalam program hahaha

Terima kasih kepada Puan CT hanizah n Kak bina kerana memberi semangat..tapi klu berjaya kena blanje ye..


Ni di bikin untuk makan pagi tadi..tabah ye sally..

Nanti klu KPI xcapai sifu rotan...waaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa

Roti dari Kedai 1 Malaysia (KR1M) KPDNKK, Presint 2

Kedai 1 Malaysia (KR1M) KPDNKK, Presint 2,Putrajaya

Semalam masa balik kerja terigt nk g singgah KR1M yang diwar2kan..

Siap ada kelibat budak bucuk baju belang tu..

Ni ruang mkn n minum disediakan..kot nak minum air pn ada jual (nescafe panas n jus buah)

Aku try beli roti sandwich seperti gambar untuk mkn ngn bubur durian..
Bawak bubur tu ke rumah mama untuk sama2 makan..semua yg makan roti tu ckp mabeles lembut..
Jadi boleh beli lagi roti 1 Malaysia tu..RM2.35 je yg panjang..

Bubur tu dibikin dari durian yang diberi oleh fuad..terima kasih fuad nnti bagi lagi ek..eee xmalunya sally..



Cucur Udang Kepai (Udang Geragau) dibikin oleh saya..

Cucur Udang Kepai (Udang Geragau) dibikin oleh saya..


Senang aje tepung gandum  + udang + bawang(hiris nipis) + garam + air 
Bancuh n goreng tada...begini rupanya ye..

Monday, December 5, 2011

Terliur x??? Kuah rojak MAK BEE..

Taman Tamadun Islam bersama Nuown dan Nad

Waktu rehat petang masa pergi Bengkel NRE Intelligent Hub..sempatla berjumpa ngn Nuown(kawan SMKI)..Nuown bwk g TTI.. + beli keropok lekor +keropok kering..tq nuown..


nasi lemak kesukaan hubby

weken ritu masakkan hubby nasi lemak kesukaan dia..


+
sambal udang..

Sunday, June 12, 2011

Nangis sebab tangan luka..

Kelakar plak bila ingat td tangan aku terluka sebab terkena bakul tajam..panjang plak tu..terketar2 nangis..sambil bee cuci n letak minyak gamat..

Bee senyum jer..pastu suh aku rehat..tp yang bestnya bee tlg basuh pinggan n periuk besh2..aku nak taip ni pn  terkial2..


Sweet sour Gerut.. & Udang Goreng Butter

Semalam shopping barang rumah..sekali terpandang ikan gerut belilah sebab..teringat makan Ikan Gerut Masak Sweet Sour kt Medan ikan bakar Kuala Perlis..
Jadi lunch arini aku bikin la ikan gerut tu masak sweet sour dan udang goreng masak butter....


Ikan Gerut masak sweet sour..

Udang Goreng Butter


Selesai aku n hubby belasah..Kat bawah ni aku share resepi ek..

Ikan Gerut Sweet Sour

Bahan
1 ekor ikan Gerut sederhana besar gaul dengan garam, kunyit serbuk dan sedikit tepung jagung
3 biji bawang merah-ditumbuk
1 ulas bawang putih-ditumbuk
1 in halia-dihiris nipis
daun kari 1 pelepah
1 biji tomato-dipotong dadu
1/2 lobak merah-dipotong dadu 
1/3 timun-dipotong dadu  
1/4 nenas-dipotong dadu
1/2 biji bawang besar-dipotong dadu
3 sudu besar cili kisar
2 sudu besar sos tomato
2 sudu besar sos cili
sedikit garam dan gula secukup rasa

Cara-cara

  1. Ikan yg dilumur tadi digoreng hingga garing sedikit. Ketepikan.
  2. Tumis bawang yg ditumbuk, halia, daun kari dan bawang besar.
  3. Masukkan sos cili dan sos tomato dan kacau. 
  4. Masukkan tomato,karot, timun dan nenas. 
  5. Masukkan sedikit air.
  6. Biar mendidih, masukkan garam dan gula. Angkat dan tuang atas ikan yg digoreng tadi. 
-->

Udang Goreng Butter
Bahan2:

12 ekor udang saiz besar
2 sudu butter
3 biji kuning telur
sedikit daun kari
sedikit cili padi
serbuk kunyit & garam
minyak utk menggoreng

Cara2:

1. Lumurkan udang dengan serbuk kunyit & garam kat udang dan goreng sehingga masak.
2. Bila udang hampir masak masukkan daun kari & cili padi.
3. Gaul seketika sebelum diangkat. Bila udang dah masak, angkat dan ketepikan.
3. Dengan menggunakan minyak yg sama, biarkan minyak dikuali anggaran dlm 1/2 cawan.
4. Panaskan minyak dan masukkan butter. Biarkan butter cair & minyak panas.
5.Sambil tu,kacau2 telur bagi rata dan masukkan telur kuning dalam bekas roti jala.
6. Matikan api bila minyak tu panas2. Amik telur tadi tuang ke dalam bekas roti jala dan goyang secara pusingan dan biar dia bertali2. 
7.Kemudian bila dah siap, angkat telur tapis utk membuang minyak berlebihan dan letak atas udang.