Saturday, January 22, 2011

TT Alfa Clover..10 Julai 2009

Teman hubby ke TT Alfa.. dan selamat tinggal WDQ 6193..




Tengah berkumpul..



Posing kt kereta orang..kereta hubby tengah basuh..


Lepas tu di jemput ke Majlis Ulangtahun Kelahiran Raja Azmi yang ke 50 tahun..hurm tapi nampak Raja Azmi muda macam baru 39 tahun camtu..


Raja Azmi menyuap kek ke mulut hubbynya Jailani Sidek bekas pemain badminton Malaysia..Rashid dan  Misbun Sidek pun turut sama2 meraikan. 




Antara artis yang turut datang Imuda, Adlin Aman Ramlie ngn bininya Emilda, Datuk Lee Chong Wei  dan lain2..xhengat la..

Aku ada gak join TT Alfa Clover kat Pulau Indah, nnti2 aku carik gambar dapat nanti aku upload n kasi goreng.

Tuesday, January 18, 2011

Menara Taming Sari Melaka :)


Berlatar belakang kan menara berputar..


 Entrance untuk beli tiket. Untuk orang Malaysia RM10 jer..bawak MyKad tau..


Sebelum naik..hehe..gayat ke tak ek? jom try..



Pemandangan yang sempat diambil dari atas menara berputar..


Dataran Pahlawan



Bandar Melaka


Eye On Malaysia (dah naik masa kt Tasik Titiwangsa nnti dapat cari gambar aku upload)


Jonker Walk

Friday, January 7, 2011

Gambar Drift Shah Alam Oktober 2009

Ni aku post kan gambar2 masa  aku n hubby tgk bai(kwn hubby) drift kt Uitm Shah Alam tapi xingat dah tarikh bila cuma tgk folder gambar Okt2009.









Walaupun hujan, Abang2 Drifter meneruskan jugak perlawanan tu..memang best n layan masa ni..secara xlangsung aku pn jd minat sebab hubby mmg minat menda2 cmni...cuma F1 n GT Japan ja aku xpernah pg lagi..hubby jer pg ngn kawan2 dia..sbb aku pn ada kt Kedah masa tu susah skit nk datang..

Friday, December 31, 2010

Repost Entry lama Mac 2005 Blog sallysengal

Entry kat bwh peberet aku dulu..mueheheh


aku dah simpan artikel ni dah dekat 2 tahun..aku paling suka artikel ni..aku suka nk bg korg yg belum baca..baca..klu malas nk baca xyah baca k..tgk jer..calo..

Renungkan….
Hayati dan fahami….


Jika kamu memancing ikan….
setelah ikan itu terlekat di mata kail, hendaklah kamu mengambil terus ikan itu….
janganlah sesekali kamu lepaskan ia semula ke dalam air begitu sahaja….
kerana ia akan sakit oleh kerana bisanya ketajaman mata kailmu dan mungkin ia akan menderita selagi ia masih hidup.

Begitulah juga setelah kamu memberi banyak pengharapan kepada seseorang…
setelah ia mula menyayangimu hendaklah kamu menjaga hatinya….
janganlah sesekali kamu terus meninggalkannya begitu sahaja….
kerana dia akan terluka oleh kenangan bersamamu dan
mungkin tidak dapat melupakan segalanya selagi dia mengingatimu….


Jika kamu menadah air biarlah berpada, jangan terlalu mengharap pada takungannya dan janganlah menganggap ia begitu teguh…. cukuplah sekadar keperluanmu….
Apabila sekali ia retak…. tentu sukar untuk kamu menampalnya semula….
akhirnya ia dibuang….
sedangkan jika kamu cuba membaikinya mungkin ia masih boleh digunakan lagi….


Begitu juga jika kamu memiliki seseorang terima lah seadanya….
Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan janganlah kamu menganggapnya begitu istimewa….
anggaplah dia manusia biasa.Apabila sekali dia melakukan kesilapan bukan mudah
bagi kamu untuk menerimanya…. akhirnya kamu kecewa meninggalkannya.
Sedangkan jika kamu memaafkannya boleh jadi hubungan
kamu akan berterusan hingga ke akhirnya….


Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi… yang kamu pasti baik untuk dirimu. Mengenyangkan. Berkhasiat.


Mengapa kamu berlengah, cuba mencari makanan yang lain..
Terlalu ingin mengejar kelazatan.
Kelak, nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh memakannya.
Kamu akan menyesal.


Saturday, November 13, 2010

Spageti Bolognese Sempoi Ala Sally

Spagheti Bolognese


Bahan
Mee:
Spagheti apa2 brand
Air 2 jug
1 sudu minyak masak

Kuah:
 2 sudu minyak zaitun/jagung/masak
2 ulas bwg putih n bwg merah(rincik halus)
2 sudu cili blend
3 sudu sos cili 
4 keping daging burger( lembu )-dihacurkan guna garfu
1 tin kecil tomato puree
1 tin cendawan butang(potong nipis2)
1 btg karot(potong kiub)
garam dan gulasecukup rasa
1 sudu kecil oregano
10 biji tomato ceri/3 biji tomato biasa

Cara
Mee:
1.Didihkan air dengan satu sudu minyak
2.Masukkan spagheti
3.Rebus hingga lembut.

Kuah:
1. Tumis bwg merah n putih dengan minyak.
2. Masukkan daging dgn 1 cawan air..biarkan daging masak dengan api perlahan dalam 5 minit
3.Masukkan tomato puree dan cili sos-biar didih
4.Masukkan garam, gula, oregano
5. Masukkan cendawan dan karot
6.Masukkan tomato yang di pecahkan.
7. Setelah masak tutup api dan sedia dihidangkan..

Selamat mencuba..

Puding Caramel

Puding Caramel
Bahan-bahan
3 sudu besar gula pasir
1 tin susu pekat
7 biji telur ayam
1 cawan air 

Cara-cara
1. Mula2 cairkan gula dalam loyang atas api sederhana kecil tambah air 1 cawan.
2. Pukul telur sampai berbuih kemudian masukkan susu pekat dan kacau rata seterusnya masukkan air.
3. Akhir skali tuang atas gula  tadi, kukus sampai masak dalam 45 minit
4. Bila dah sejuk terlangkupkan dan dimasukkan ke dalam peti sejuk.

Lepas 2 jam sedia dihidang..

Kek Gula Hangus

KEK GULA HANGUS



Bahan
2 cwn gula
2 cwn air di masak utk gula hangus
2 cwn gandum
2 s/t baking powder  di ayak bersama
2 s/t soda bikarbonat
2 s/b margerin  dicairkan
6 biji telur  pukul kembang
1/2 cwn susu pekat manis..

Cara2
      1. Mula2 cairkan/ hanguskan gula (keperangan), kemudian masukkan air di biarkan sejuk
2. pukul telur sehingga kembang
3. masukkan susu pekat dan  margerin seterusnya di putar lagi
4. masukkan tepung gandum  dan putar sekejap.
5. masukkan gula hangus dan putar.
6. Akhir sekali tapis adunan dalam loyang
7. Tuang ke dalam loyang dan kukus 1 jam atau bakar 45 minit..

Thursday, September 9, 2010

Mancing Kuala Kedah..

 Tali air di Kuala Kedah



 Kenangan di Kuala Kedah: Hubby,joran, umpan dan tali air..


Menangkap ketam..