Sunday, February 23, 2014

Mee Rebus Johor Terbaikk Jamban

Mee Rebus dengan kuah yang pekat daging dan telur mata yang mencairr perghhhhh...mabeless..

Gerai yang terletak bersebelahan Gerai Sate Haji Samuri dan Toilet Awam, Fasa 6 Bandar Baru Bangi..

Gerai ni buka pagi sahaja.. Selain Mee Rebus... Roti Canai dan Nasi Lemak dia sangat recommended..

Hubby sangat suka sambal bawang nasi lemak kat cni...

Shortform untuk gerai ni yang aku dan hubby guna ialah JAMBAN sebab sebelah toilet awalll..

Klu aku ajak hubby bekpes " Bee rini jom bekpes kat JAMBAN  nak x"...hahahaha


Thursday, February 20, 2014

Terkenang Laksa Pokok Janggus Kampung Perlis Balik Pulau

Tetiba petang- petang waktu pantang ni...teringat laksa pulakkkk....tambah dengan goreng pisang crispy dan abc spesiall....waduh2...menggegarkan iman...

Gambar bawah ni yang salah hahaha...ni gambar masa aku dan hubby pergi makan kat situ..

Suasana kampung dan menenangkan...bagi yang xbiasa tempat ni susah skit nak cari..





Rindu kat Abah dan Mak


Nak balik kampung uwaaaaaaaaaaaaaaaaa......................

Masak untuk Makan Malam Paksu Sekeluarga


Hobi aku masak dan makan kot...hehe so..bila ada orang datang aku lebih suka masak sendiri berbanding beli di luar..kepuasan menjamu makan yang di masak sendiri lebih luar biasa..terutama melihat orang makan dengan berselera..

Resepi Ikan Siakap Sweet Sour / Masam Manis klik sini

Gulai / Kari Ikan Bawal

Bahan-Bahan:
  • 2 ekor ikan bawal bersaiz besar (potong ikut suka)
  • 1 biji  dikisar
  • 2 ulas bawang putih dikisar
  • 6 sudu paket serbuk kari tambah setengah cawan air
  • setengah cawan air asam jawa pekat
  • 1 cawan santan pekat.
  • Bendi, tomato, cili hijau
  • Garam, gula
  • Air
  • Minyak
Cara-Cara:
  1. Panaskan minyak tumis bahan kisar hingga garing, masukkan serbuk kari.Tumis hingga pecah minyak.
  2. Masukkan ikan gaul sebati dengan rempah.Masukkan sedikit air.Kacau sekejap.
  3. Masukkan santan pekat, air asam jawa, garam dan gula.Kacau sekali sekala (hingga mendidih)
  4. Masukkan bendi, tomato dan cili merah.Sesuaikan rasa.Tutup api.

Wednesday, February 5, 2014

Resepi Sup Gear Box Menangis Seduu..




Bahan2

Tulang Gear-Box campur dengan tulang lembu bahagian lain sekilo
halia 2 inci diketuk
bawang merah 3 ulas dan  bawang puteh 3 ulas dimayang
2 sudu besar rempah sup adabi
1 sudu kecil lada hitam yang ditumbuk/blend kering
5 biji buah pelaga,2 batang kulit kayu manis dan 3 kuntum bunga lawang

1 kiub ayam
1 biji karot dan 
2 biji kentang (potong 4 bahagian)
bawang goreng
sebiji  limau nipis
cili padi merah 7 biji belah tengah
2 batang saderi

Cara2

1. Rebus tulang sampai empuk guna pressure cooker atau rice cooker bersama rempah sup, lada hitam dan halia.

2. Masukkan karot, kentang dan cili padi rebus selama 15 minit.

3. Letakkan garam, kiub ayam, batang saderi dan perahan limau nipis.

4. Angkat rebusan sup setelah batang saderi nampak sedikit layu.

5. Gunakan kuali - goreng bawang merah, bawang putih, buah pelaga,kulit kayu manis dan bunga lawang sehingga kekuningan.

6. Masukkan bahan gorengan tadi kedalam sup dan sedia dihidang.

7. Boleh taburkan bawang goreng dan daun saderi.

Asam Pedas Power Abang Pie..Abang Pie aku xsure power ke x???hahha

Yang aku makan ni kat Bukit Cina, Melaka..berdepan dengan Telaga Puteri Hang Li Po..

Nak tengok cawangan die yg lain tgk sini Asam Pedas Power Abang Piee..

Memang mantop asam pedas sini...berempah dan kuah banyak masak plak dengan ikan fresh memang...perghh laaaa....sanggup aku turun dari Putrajaya semata-mata nak membadak kat kedai ni...


Asam Pedas Tenggiri...penah try pari pun sodappp...


paling2 mantop Kupang Berapi..memang keluar abis air kepala..hidung apa yang adala...menangis sambil makan...

 Xyah tgk sinetron sedih pun leh merambu ayaq mata tuuuu....

Sotong goreng tepung ranggup sedap dan rasa light jer xbyk sangat rempah..xcukup ni rasa...

Sangat2 sukaaaa ini kedai...walaupun kedai nampak sempoi n open air...tapi lagi sedap dari makan kat Umbai..dan penting jgk murah dan berbaloii

Sunday, February 2, 2014

Amik tahu untuk tahu???

burung kakak tua, hinggap di jendela

nenek sudah tua,  giginya tinggal dua





Gambar diabadikan semasa melawat ke Taman Burung, Ayer Keroh Melaka Oktober 2013


Jinak buruk kakak tua ni..makan kuaci 4 biji buka sekaligus..otai btuiii...mana blajo ni..hahaha

Muka cemas kot..buruk merak tu mengikut...Dapat disimpulkan Burung memang suka yang ada burung..bolehhhhhhh...


kreatif kan tempat letak makanan burung dalam buluh...
ingat buluh leh wat masak lemak, wat meriam buluh n wat panjut untuk raya je...
leh wat tanam pokok gantung kat dinding cantik gak kan...idea2..



Saturday, February 1, 2014

Panas-panas ni dapat lalukan coconut shake kat tekak memang terbaikk kan....kan

Klebang Oroginal Coconut Shake

Pergi bulan 10, 2013 lagi ni..baru nak hapdet..huhuhu...mood melayang berbulan2 lamanya..kihkihkih camtu plak noo..

Gambar kat atas tu kedai yang kat dalam skit dari jalan utama, masuk lorong jalan..
klu nak menapau sila beratur panjang xhengat kat gerai yang tepi jalan bersebelahan Stesen Minyak Caltex, Klebang..nampak ramai semacam tu..btullla tuu..

Kat kedai pun ramai umat penuh sampai kena berdiri jap tunggu meja kosong..servis laju walaupun ramai..bagus2..



RM8.20 harga makanan dan Coconut Shake yang dingap oleh aku dan hubby..kehkehkeh

Pendapat aku memang Coconut Shake ni sedap dah murah..berbaloi-baloi..sangat2 recommended..