Monday, October 19, 2009

Lepak2 Taman Ular dan Gua Kelam, Perlis

sudah sekian lama aku xmenambah isi blog ni..ni cuma nak share skit pengalaman bwk hubby jalan ke Negeri Perlis Indera Kayangan..pada 13 Okt 2009 lepas..


Sally n husband bertolak dari Mergong, Alor Setar pada pukul 9.30 pagi. Perjalanan untuk sampai ke kangar mengambil masa 45minit sahaja itu kira dah ++ ngan lori terkemut cm siput babi lagi..
Tempat pertama yang kitorg pergi ialah Taman Ular.






Di Taman Ular ni terdapat pelabagai jenis ular tedung (selar,tikus), sawa, kapak,orok-orok dll..ada lagi tp xigtla sbb takut tgk ular besar n byk melingkar jer sbb tghari kot ataupun diorg dah kenyang..mmg sian tgk tikus yg dibuat sajian utk ular-ular ni..duduk terperuk jer kt pintu..
menunggu ajalnya..



Masa kecik2 dl mmg slalu dgr arwah tok ckp ULAR KAPAK BODO..rupanya mmg ujudla nama ular tu..igtkan panggilan orang tua2 jer..hehe

selain daripada ular taman ini juga ada beruk dan reptilia yang lain seperti Buaya,iguana, kura-kura dan lain. Tapi yang kesian semua sangkar kat Taman Ular ini tidak diselenggara dengan baik. Pemandangan agak semak.

Selepas melawat Taman Ular, kitorg bertolak ke Gua Kelam. Perjalanan mengambil kira-kira 15minit dari Taman Ular ke Gua Kelam.



Mmg cantikla pemandangan di Gua Kelam ini, masa mula2 masuk ada air terjun.Walaupun hari bekerja ada jugak beberapa famili sedang berpiknik dan mandi manda.


Cuba jugak celup2 kaki..mmg sejuk...




 Anda jangan risau untuk merentasi Gua Kelam tersebut, ada disediakan jambatan / titi hayun. Di dalam gua terasa sejuk, kerana terdapat sungai yang mengalir dibawah jambatan.




Siap ada org pasang mancing dan tinggalkn kt c2..Gua Kelam ini tidak gelap kerana terdapat lampu yang menerangi sepanjang perjalanan merentas gua. setelah 5 min berjalan anda tembus di hujung gua, dc2 terdapat taman tgk gambar di atas( Pengambaran Jangan Pandang Belakang Congkak dibuat)..


No comments:

Post a Comment