Tuesday, April 12, 2011

Bangau Oh Bangau

Setiap hari mesti terima Mutiara Kata sebagai nasihat dan peringatan kepada Warga NRE melalui email..terima kasih kepada SUB Bah Pentadbiran dan Kewangan, NRE.

So aku nak share la Mutiara Kata Hari Ini :

“JANGAN AMALKAN BUDAYA “BANGAU OH BANGAU” YANG ASYIK MENYALAHKAN ORANG LAIN”

Bangau oh bangau, kenapa engkau kurus?
Macam mana aku tak kurus, ikan tak mahu timbul.
Ikan oh ikan kenapa tak mahu timbul?
Macam mana aku nak timbul, rumput panjang sangat.
Rumput oh rumput, kenapa panjang sangat?
Macam mana aku tak panjang, kerbau tak makan aku.
Kerbau oh kerbau, kenapa tak makan rumput?
Macam mana aku nak makan, perut aku sakit.
Perut oh perut, kenapa engkau sakit?
Macam mana aku tak sakit, makan nasi mentah.


Nasi oh nasi, mengapa engkau mentah?
Macam mana aku tak mentah, kayu api basah.
Kayu oh kayu mengapa engkau basah?

Macam mana aku tak basah, hujan melimpah turun.
Hujan oh hujan, mengapa engkau turun?
Macam mana aku tak turun, katak panggil aku.

Katak oh katak kenapa panggil hujan?
Macam mana aku tak panggil, ular nak makan aku.
Ular oh ular, kenapa nak makan katak?
Macam mana aku tak makan, MEMANG MAKANAN AKU.

Terima kasih kepada Google Image (Untuk gambar)



No comments:

Post a Comment