Mula2 tgk nama aku tersenarai salah sorang peserta wakil dari BPM untuk pergi talk : Save The Stripes- Awareness on Tiger Conservation aku rasa alaaa mesti bosan..tapi penceramah yang bagi talk tu memang best dan sempoi lawak giler.. Mr Nagu dari Bahagian Pengurusan Biodiversiti Dan Perhutanan (BBP), NRE..
Sikit info untuk dikongsi bersama daripada apa yang aku perolehi dari ceramah tu ialah..
- Harimau betina bunting selama 16 minggu dan anak yang lahir boleh berdikari(berdiri atas kaki sendiri) selepas 2 tahun.
- Harimau jantan paling kuat rayau sehingga 100km sehari tp harimau betina pulak 20km jer..hehe yela nak jaga anak lagi..
- Bila harimau mengaum, ngauman nya boleh didengar sejauh 8km.
- Info paling best hahahahahahahahah...Harimau jantan mampu mengawan sehingga 50 - 70 kali sehari..bertukar2 pasangan(tgk dlm video yang ditayangkan)..woww power giler..kehkeh..
Jenis2 atau spesis harimau : Malayan, Siberian(Amour), Royal Bengal, Sumatran, Indo-Chinese, South China, Javan (dah pupus), Balinese(dah pupus) dan Caspian(dah pupus).
Banyak ancaman kepada harimau antaranya sebab pembangunan, untuk dijadikan ubat kuat lelaki, pembunuhan oleh manusia.
Antara lawak penceramah : "Harimau digunakan untuk hasilkan ubat kuat cina..tapi bila orang cina tnya mcmana dengan ubat kuat kaum india plak..dia jawab orang india memang dh kuat.." huhu...lawak2 jer yer..
Tapi dalam lawak2 tu aku paling tersentuh apabila penceramah tayangkan video, Jabatan Perhilitan cuba untuk selamatkan harimau yang tangan, kaki diikat..dalam keadaan berdarah oleh orang yang xberperikemanusiaan..sedihnya harimau tu nangis..akhirnya harimau mati jugak sebab terlalu tertekan dan tidak dapat hidup normal setelah beberapa hari diikat..walaupun Jab Perhilitan cuba untuk memberi kehidupan baru pada harimau tu..
Tgk sebahagian video ditayangkan kat sini..part harimau nangis dah dipotong..
Ceramah ni memang betul2 memberi kesedaran kepada aku bila tgk video kehidupan harimau di india yang sebenarnya dan ditayangkan selama 30 minit. Pihak urusetia juga beri brosur, sticker buku dan sticker kereta..
No comments:
Post a Comment