Sempena pilihan raya Sarawak (Sayang Sarawak) ni aku pun nak citer n kongsi pengalaman pg ke Kuching tahun lepas..Bertolak dari Airport Kota Kinabalu ke miau2(Kuching,Sarawak)..
Dah Sampai..signboard berdekatan Waterfront, Kuching..kitorang pilih untuk menginap di The Lime Tree Hotel kat Jalan Abell. Aku sangat recommend hotel ni..best..Hotel ni bau segar, aircond sedap, bilik selesa dan luas, wifi pn laju..sabun dan shower gel limau memang dibuat sendiri oleh perusahaan owner hotel ni..owner hotel ni ada ladang limau sendiri..untuk maklumat lanjut tgk kt web hotel ni The Lime Tree Hotel .
Juga disediakan maklumat pasal limau dan siap ada resepi lagi di gantung kat dalam lift..snap2..
Lepas check in hotel, kitorang keluar makan..sorula..perut dah main lagu klasik nasional dah..cuba kali pertama mmg sedap Nasi Ayam Penyet..sedap..kitorang sewa kereta kelisa untuk jalan2..cuma RM100 jer satu hari..
Terus g ke pasar satok beli ikan terubuk masin, ada banyak pilihan nak kecik ke besar ke leh la pilij..pas2 diorang akan tolong bungkus kemas2 dalam kotak..yela klu x bungkus kemas mau pening orang satu flight nanti..Kat sini juga ada jual sayur2, hasilan laut jadi aku beli perencah Kuah Laksa Sarawak dan Udang Kering..xyah risau cemana nak masak kat dalam tu siap ada resepi..
Berbekalkan Garmin GPS hs aku kitorang nak g ke Kek Lapis Dayang Salhah, Kampung Boyan, seberang Sungai Sarawak.. kitorang melalui satu tol ni siap ada keputusan perlawan bola FIFA 2010 lagi dilekatkan kat tiang tol..hehe
Entrance Kek Lapis Dayang Salhah, memang ramai orang datang nak beli kek..macam2 ada..
Haa..part ni paling best..aku n hubby memang cukup suka bab2 rasa merasa ni..xlepas peluang..kat kedai ni plak hidang macam raya la plak..apa lagik ngap2..aku paling suka Kek Lapis Hati Pari dan Cheese. Rasa coklat dan cheese dia memang terbaikk..rasa xnak balik melekat kt cni..Tapi kalau mak aku ada ni mesti dia ckp cmni "yang ni manis, yang tu manis..memang la sedap tapi kena potong kaki kot.."..hehe tapi tgn dia mesti gapai n mulut ngap jugak..
Haaa bersusun2..tinggal nak pilih dan sedia duit jer..pekerja kedai akan siap bungkuskan dalam kotak..senang nak bawak..Kek Lapis yang perasa macam2 cuma RM10, klu yang special dalam peti ais tu macam Hati Pari ke Cheese ke berharga RM20-22 camtu la..tapi memang puas hati...aku pun borong la..baik beli jer xdapek la nak buat sebab orang kedai tu cakap proses nak buat makan 3-4 jam..yela bak berlayer2kan..
Petang kitorang singgah makan..air kat atas tu nama dia Teh C..sebab orang cakap mesti try air ni klu datang Sarawak..komen aku Sedap lemak2 manis..3 layer tu terjadi daripada lapisan gula melaka, susu cair, teh pekat..
Mee Pok Daging Goreng..
Mee Kolok Sup Daging..wajib rasa ni klu datang Sarawak..memang sedap..
No comments:
Post a Comment