Sunday, February 23, 2014

Pencinta makanan nak kurus ni...caiyokkk2...u can do it..

Alkisahnya aku dah xlarat nak tgk badan aku yang setambun ini...walaupun orang cakap lg comei tembam...waaa...xsanggup nak terima kenyataan aku naik 26kg dari 60kg..cer kira..berat aku sekarang berapa...hua..hua..
Tujuan utama nak bagi rasa badan fit dan xberat nak bergerak..ni jalan skit dalam shopping mall sejam dah penat...

uii dulu zaman U kuar rumah kul 8 pagi petang kul 6 petang balik g jln2 n shoping pukul 6 petang tu baru terasa penat siap naik lrt dan jalan jauh bagai..skang naik keta kot...sekentut je tempat parking dengan mall...tu pn tercunggap2..

Tayang gambar kurus dan gemuklaahh...skit kan..


Ni tahun 2006 berat 58 kg ke 60 kg (lepas konvo)

 Ni gambar 2 hari selepas kahwin..berat 73 kg...masa ni pn dh naik 13 kg...

Ha nii berat terkini 86 kg, penah gak 90 - 93 kg masa awal pregnant...

Memang patutla kan aku turunkan berat aku yang demok ni...

Tapi kali ni aku betul2 bertekad untuk turun kan berat aku 16 kg dulu..

Step yang aku dah buat setakat ni ialah :

Diet makanan

1. Pagi minum oat + susu dengan cream cracker 
2. Tengah hari makan nasi beras herba poni separuh dengan lauk dan ulam yang banyak..lauk masak sendiri
3. Tidak makan makanan berat malam (aku amik biskut 2 ke 3 keping jer dengan air kopi/milo)
4. Minum air suam sekerap yang boleh


*Cuba untuk kunyah makanan lama skit untuk memudahkan penghadaman dan cepat kenyah jadi secara auto tak la rasa nak melantak dengan jayanya...ni tips yang aku baca la..sebab aku sebelum ni  klu makan 2 kali kunyah dah telan...hahaha sebab lapar sangat ke gelojoh sgt..

Yang kedua makan malam sebelum pukul 8.00 malam dan elakkan tido terus lepas makan pastikan 2 jam sebelum tido xmakan..

Senaman

1. Aku mula buat jillian michaels workout (video diberikan oleh bos Puan Siti Hanizah)...mula-mula ni rasa penat dan tercabut kaki semua..siap dh beli dumbell 1.8 kg dengan mat..

FB : Jillian Michaels
Blog : www.jillianmichaels.com



2. Buat kerja rumah (basuh bilik air, mop lantai, kemas2 rumah, lipat baju dan iron baju)

Setakat 3 minggu aku dah  turun 4 kilo..


Target yang nak buat dan mesti dan mesti tetapkan iman...

1.Minum air yang banyak (4 liter) alamatnyaa penunggu setia toiletla aku nii.. ulang kencing..rajinkan diri bawak botol air pergi mana2..ni tips yang penting untuk mudah turunkan berat yang aku baca blog2 pakar cakap.

2. Makan banyak buah dan sayur..Jangan asyik tengok rancangan makanan sedap...amik makanan sedap atau yang teringin ari SABTU sahaja..

3. Naik tangga bila balik rumah

4. Follow blog yang bagi banyak input pasal diet :

http://kevinzahri.com

http://www.jomdiet.com/

http://doknorm.blogspot.com

blog kat atas untuk dapatkan panduan dan semangat..baru tak terbabas

5.Minum segelas perahan jus lemon sehari..untuk tingkatkan metabolisme..

Insyallah aku akan nekad dan tidak akan lagi berundur..pastiiii...kali ini..

setakat ni dl bebelan aku bersama azam baru tahun ini...esok aku nak plan pemakanan sihat untuk seminggu..

Terima kasih Puan Siti Hanizah yang banyak membantu dan memberi semangat..



No comments:

Post a Comment