Thursday, February 20, 2014

Masak untuk Makan Malam Paksu Sekeluarga


Hobi aku masak dan makan kot...hehe so..bila ada orang datang aku lebih suka masak sendiri berbanding beli di luar..kepuasan menjamu makan yang di masak sendiri lebih luar biasa..terutama melihat orang makan dengan berselera..

Resepi Ikan Siakap Sweet Sour / Masam Manis klik sini

Gulai / Kari Ikan Bawal

Bahan-Bahan:
  • 2 ekor ikan bawal bersaiz besar (potong ikut suka)
  • 1 biji  dikisar
  • 2 ulas bawang putih dikisar
  • 6 sudu paket serbuk kari tambah setengah cawan air
  • setengah cawan air asam jawa pekat
  • 1 cawan santan pekat.
  • Bendi, tomato, cili hijau
  • Garam, gula
  • Air
  • Minyak
Cara-Cara:
  1. Panaskan minyak tumis bahan kisar hingga garing, masukkan serbuk kari.Tumis hingga pecah minyak.
  2. Masukkan ikan gaul sebati dengan rempah.Masukkan sedikit air.Kacau sekejap.
  3. Masukkan santan pekat, air asam jawa, garam dan gula.Kacau sekali sekala (hingga mendidih)
  4. Masukkan bendi, tomato dan cili merah.Sesuaikan rasa.Tutup api.

No comments:

Post a Comment