Thursday, February 27, 2014

Dah mula dahh..


Dah mula dengan T25 Workout..video diberikan oleh bos aku..dia cadang suh wat program T25 dulu..bos aku ni ala2 pakar yang nasihat aku suh turunkan berat dari segi disiplin mkn dan exerciselaa..
nak tgk blog die pg url ni eh - http://haniz-eyecandy.blogspot.com/


Memang bercerau peluh wat menda ni..aku suka lagi wat menda ni daripada joging...lebih cepat berpeluh..dan masa pun 25 minit jer buat dalam rumah..daripada nak bersiap start keta..parking baru start joging..pjg citernya..takut xwat je..tp tu la yg tjadii..

walaupun masa berat aku 58 kg tu..jogging xdehal bagi aku mampu pusing satu hutan rekreasi..beberapa kali seminggu...skang ni xdapekk kott...

harap dapatla aku ikut program yang 3 ke 4 bulan ni sampai abis...mesti mesti..

Dari segi pemakanan aku ada dapat beberapa tips tambahan dari youtube :

How To Lose Weight Fast & Easy 

Foods That will help you see results in 2 weeks:

Lemon / Lime
Pineapples
Apples
Prunes (After or Before every meal {CAN ALSO BE USED FOR SNACKING).
GreenTea ( For 3 - 4 months [MORNING + LATE AFTERNOON + EVENING] half an hour after every meal.
Oolong Tea / Wulong Tea (After 3 - 4 months). half an hour after every meal.
Honey + Lemon + Hot Water (Before Sleeping).

WOMEN: less than 1200 Calories. (Per day)
MEN: less than 1900 Calories. (Per day)

TIPS & WARNINGS:

Green Tea & Oolong is best from either a traditional Chinese market/store or Walmart.
Do not add too much honey to your prior sleep drink because it can cause heartburn as normal honey does.
Do not Eat over 5 - 6 Prunes a day. It might cause irritation to your bowl movement.
Do not go overboard with Pineapples and Apples just because it helps burn fat. Everything should be eaten in healthy quantities. Fruits can cause uncomfortable bloating or a beautiful gassy BUM!!! 
Eat frozen yogurt instead of regular Ice cream.

jomla join aku..

Resepi Badak Berendam..feveret gak kuih ni

Aku ni walaupun orang kacukan Kedah & Penang tapi aku suka makan dan mencuba resepi-resepi kuih ataau makanan negeri-negeri lain.
contohnya..kuih badak berendam yang asal dari Pantai Timur...sedap dan sesuai untuk wat minum petang atau menjamu orang datang umah..

jom layan gambar badak berendam aku......kuih ni laki sekali ngadap 6-7 bijik..lemak2 manis gitu..


Bahan-bahan ( untuk 20 biji )

inti kelapa 

kelapa parut secukupnya dimasak diatas api dengan gula melaka yang telah dimasak bersama air sehingga kering

Kulit

2 cawan tepung pulut
1 1/2 cawan perahan air daun pandan.
1/2 sudu teh garam

utk dadih

21/2 cwan santan, 2 sudu tepung beras & 1/2 sudu teh garam
3 helai daun pandan

Cara-cara
  1. campur dan gaul rata semua bahan2 utk dadih, lalu dikacau atas api perlahan hingga pekat...lebihkurang 5 mnit dan diketepikan.
  2. bulat2 kan inti kelapa.ikut suka la nk besar @ kecil
  3. campurkan garam dgn air pandan & gunakan campuran itu utk menguli tepung pulut hingga mnjadi doh yg boleh dibentuk.
  4. ambil sedikit doh, bulat2 kan lalu dileperkan. letakkan inti dlm nya dan dikelim rapat. buat hingga habis. letak atas plastik agar x melekat.
  5. didihkan 1/2 periuk air bersama daun pandan sehingga mendidih.pastu masukkan 'badak2' (bola2 pulut la hehe..) kedalamnya.
  6. bila kesemua bola2 timbul/terapung, biar mendidih 3,4 minit barulah di angkat & ditos kan.
  7. terus masukkan kedalam dadih tadi..sedia di makan..


Wednesday, February 26, 2014

Sape suka Pepero angkat tangan..

Pepero ni mmg feveret aku yang warna merah ni RM17 sekotak besar...tapi yang sedap warna hijau harga RM20 sekotak besar...tapi aritu pergi langkawi abiss daa...xde stok..

Sambil wat keje kunyah pepero layannn..

Sape yg seangkatan ngan aku suka kunyah menda time wat keje atau stress....hasilnya mestila demokk..


Pepero posing diatas meja pejabat..

Sunday, February 23, 2014

Pencinta makanan nak kurus ni...caiyokkk2...u can do it..

Alkisahnya aku dah xlarat nak tgk badan aku yang setambun ini...walaupun orang cakap lg comei tembam...waaa...xsanggup nak terima kenyataan aku naik 26kg dari 60kg..cer kira..berat aku sekarang berapa...hua..hua..
Tujuan utama nak bagi rasa badan fit dan xberat nak bergerak..ni jalan skit dalam shopping mall sejam dah penat...

uii dulu zaman U kuar rumah kul 8 pagi petang kul 6 petang balik g jln2 n shoping pukul 6 petang tu baru terasa penat siap naik lrt dan jalan jauh bagai..skang naik keta kot...sekentut je tempat parking dengan mall...tu pn tercunggap2..

Tayang gambar kurus dan gemuklaahh...skit kan..


Ni tahun 2006 berat 58 kg ke 60 kg (lepas konvo)

 Ni gambar 2 hari selepas kahwin..berat 73 kg...masa ni pn dh naik 13 kg...

Ha nii berat terkini 86 kg, penah gak 90 - 93 kg masa awal pregnant...

Memang patutla kan aku turunkan berat aku yang demok ni...

Tapi kali ni aku betul2 bertekad untuk turun kan berat aku 16 kg dulu..

Step yang aku dah buat setakat ni ialah :

Diet makanan

1. Pagi minum oat + susu dengan cream cracker 
2. Tengah hari makan nasi beras herba poni separuh dengan lauk dan ulam yang banyak..lauk masak sendiri
3. Tidak makan makanan berat malam (aku amik biskut 2 ke 3 keping jer dengan air kopi/milo)
4. Minum air suam sekerap yang boleh


*Cuba untuk kunyah makanan lama skit untuk memudahkan penghadaman dan cepat kenyah jadi secara auto tak la rasa nak melantak dengan jayanya...ni tips yang aku baca la..sebab aku sebelum ni  klu makan 2 kali kunyah dah telan...hahaha sebab lapar sangat ke gelojoh sgt..

Yang kedua makan malam sebelum pukul 8.00 malam dan elakkan tido terus lepas makan pastikan 2 jam sebelum tido xmakan..

Senaman

1. Aku mula buat jillian michaels workout (video diberikan oleh bos Puan Siti Hanizah)...mula-mula ni rasa penat dan tercabut kaki semua..siap dh beli dumbell 1.8 kg dengan mat..

FB : Jillian Michaels
Blog : www.jillianmichaels.com



2. Buat kerja rumah (basuh bilik air, mop lantai, kemas2 rumah, lipat baju dan iron baju)

Setakat 3 minggu aku dah  turun 4 kilo..


Target yang nak buat dan mesti dan mesti tetapkan iman...

1.Minum air yang banyak (4 liter) alamatnyaa penunggu setia toiletla aku nii.. ulang kencing..rajinkan diri bawak botol air pergi mana2..ni tips yang penting untuk mudah turunkan berat yang aku baca blog2 pakar cakap.

2. Makan banyak buah dan sayur..Jangan asyik tengok rancangan makanan sedap...amik makanan sedap atau yang teringin ari SABTU sahaja..

3. Naik tangga bila balik rumah

4. Follow blog yang bagi banyak input pasal diet :

http://kevinzahri.com

http://www.jomdiet.com/

http://doknorm.blogspot.com

blog kat atas untuk dapatkan panduan dan semangat..baru tak terbabas

5.Minum segelas perahan jus lemon sehari..untuk tingkatkan metabolisme..

Insyallah aku akan nekad dan tidak akan lagi berundur..pastiiii...kali ini..

setakat ni dl bebelan aku bersama azam baru tahun ini...esok aku nak plan pemakanan sihat untuk seminggu..

Terima kasih Puan Siti Hanizah yang banyak membantu dan memberi semangat..



Asam Pedas Ikan Merah..Selera Melaka Kita arini

Makanan orang pantang hari ke 21 (asam pedas ikan merah dan ikan tenggiri goreng sama ulam raja)...target sebulan ni..insyaallah seminggu je lagi..caiyok2 sally..hubby pn terjebak jugak dengan menu pantang aku apa boleh buat...tapi masakkan dia lauk tambahan sambal goreng tempei ikan bilis dan kentang..sian dia makan rebus2 jek..



Asam Pedas Ikan Merah
Sumber : Tiffinbiru

BAHAN-BAHANNYA :-)
2 potongan isi ikan merah (kurang lebih 600 gram), cuci bersih dan toskan
12 batang bendi kontot - aku letak kentang
1 biji tomato belah 6
3/4 camca besar pes asam jawa
2 senduk nasi penuh cili kisar
1 kiub ikan bilis (optional) - aku xletak
2 kuntum bunga kantan, belah 2 setiap 1
Air secukupnya
Garam dan gula secukup rasa

BAHAN-BAHAN KISAR HALUS :-)
6 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1/2 inci halia
3/4 inci kunyit hidup
1/2 inci belacan
1/2 camca besar lada hitam biji
3 biji buah keras, hiris

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan minyak dalam periuk, tumis bahan kisar halus hingga harum, masukkan cili kisar dan masak hingga cili garing dan terbit minyak, guna api sederhana dan kacau selalu. Masukkan pes asam jawa, kacau rata dan tuang air  (anggarn 3 cawan). Kacau dan biar mendidih.
  2. Masukkan bunga kantan, kiub ikan bilis dan ikan. Kemudian tambah bendi dan jika kurang kuah tambah sedikit lagi air. Masak hingga bendi lembut. Perasakan dengan garam secukupnya dan sedikit gula. Akhir sekali masukkan belahan tomato. Masak sekejap, rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi putih dan lauk2 lain..

Mee Rebus Johor Terbaikk Jamban

Mee Rebus dengan kuah yang pekat daging dan telur mata yang mencairr perghhhhh...mabeless..

Gerai yang terletak bersebelahan Gerai Sate Haji Samuri dan Toilet Awam, Fasa 6 Bandar Baru Bangi..

Gerai ni buka pagi sahaja.. Selain Mee Rebus... Roti Canai dan Nasi Lemak dia sangat recommended..

Hubby sangat suka sambal bawang nasi lemak kat cni...

Shortform untuk gerai ni yang aku dan hubby guna ialah JAMBAN sebab sebelah toilet awalll..

Klu aku ajak hubby bekpes " Bee rini jom bekpes kat JAMBAN  nak x"...hahahaha


Thursday, February 20, 2014

Terkenang Laksa Pokok Janggus Kampung Perlis Balik Pulau

Tetiba petang- petang waktu pantang ni...teringat laksa pulakkkk....tambah dengan goreng pisang crispy dan abc spesiall....waduh2...menggegarkan iman...

Gambar bawah ni yang salah hahaha...ni gambar masa aku dan hubby pergi makan kat situ..

Suasana kampung dan menenangkan...bagi yang xbiasa tempat ni susah skit nak cari..





Rindu kat Abah dan Mak


Nak balik kampung uwaaaaaaaaaaaaaaaaa......................