Wednesday, March 21, 2012

Sambal Sotong join Ayam Goreng Rempah untuk Nasi Lemak


Sambal sotong

Bahan-bahan :
1 kg sotong 
3 senduk cili kisar 
1 1/2 biji bawang besar kisar
3 ulas bawang merah (untuk ditumis)
3 ulas bawang putih (untuk ditumis)
2 sudu air asam jawa
2 sudu sos cili
Garam dan gula secukup rasa
Minyak untuk menumis

Cara masak :
1. Panaskan minyak dan tumis bawang merah serta bawang putih hingga harum baunya. 
2. Masukkan cili kisar dan bawang kisar. Masak sehingga pecah minyak.
4. Masukkan air asam jawa, sos cili, garam dan gula secukup rasa. 
5. Masukkan sotong dan masak dalam api sederhana. Sekiranya perlu, tambahkan sedikit air dari rebusan sotong tadi. Tidak perlu dimasak terlalu lama untuk elakkan sotong akan menjadi keras.

Sedia dihidang.

Ayam Goreng Berempah

Bahan-bahan A:
5 batang serai
3 inci halia
1 biji bawang besar
2 sb kari daging
1 sk jintan manis
1 sk ketumbar 
1 sk serbuk cili
garam 
** Semuanya di blend

Bahan-bahan B:
1/2 ekor ayam
1 sb serbuk pati ayam
2 sb tepung jagung
1 sb tepung beras
1 sk kunyit
daun kari

Cara-cara:
1. Masukkan bahan A dan B ke dalam bekas. Kacau dan sebatikan
2. Perap selama 1 jam (lebih lama lebih sedap)
3. Goreng hingga ayam masak dalam minyak yang banyak dan api yang perlahan.

No comments:

Post a Comment